Perintah pembatas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Suatu perintah pembatas atau perintah perlindungan ialah satu bentuk injuksi undang-undang yang menuntuk sesuatu pihak untuk melakukan atau dibataskan daripada melakukan tindakan tertentu. Pihak yang gagal menurut perintah ini akan menerimah hukuman jenayah atau penalti awam dan mungkin diharuskan untuk membayar pampasan atau menerima sekatan. Pelanggaran perintah pembatas boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah serious yang boleh membawa kepada penahan dan hukuman penjara. Istilah ini pada kebiasaannya digunakan untuk merujuk kepada keganasan rumah tangga, gangguan, pengintaian atau serangan seksual. Undang-undang perlindungan pembatas dan perlindungan peribadi mungkin berbeza-beza antara badan kehakiman yang berlainan, namun semua menentukan siapa yang boleh memfailkan perintah, perlindungan atau bantuan apa yang dapat diterima, dan cara perintah tersebut dikuat kuasakan.

Apabila si pesalah melakukan sesuatu yang telah dilarang oleh mahkamah, atau gagal melakukan yang telah diarahkan oleh mahkamah, ia dikira sebagai satu pelanggaran perintah ini. Si mangsa boleh meminta polis atau mahkamah, atau kedua-duanya, bergantung kepada pelanggaran yang dibuat, untuk memperkuatkuasakan perintah terbabit.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]