Perisik Cinta Tak Diundang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perisik Cinta Tak Diundang
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Perisik Cinta Tak Diundang karya Puteri Aqish
Ditulis oleh
  • Amar Amir
  • Ben Anwar
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan“Bebas” - Sissy Imann
Lagu penutup“Irama” - Shiha Zikir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifSadupal Singh
Vareen Kaur
PenerbitJaspal S. Korotana
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Viu (ulangan)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal21 September 2021 – 13 Oktober 2021
Kronologi
MengikutiShah Alam 40000
Diikuti olehWifi Sebelah Rumah Semanis Senyumanmu

Perisik Cinta Tak Diundang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Azmi Mohd Hatta, dibintangi oleh Andi Bernadee, Shiha Zikir dan Hafidz Roshdi. Siri ini memulakan tayangan di Slot Akasia, TV3 bermula 21 September 2021 menggantikan Shah Alam 40000. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Medina Mikayla (Shiha Zikir) yang tinggal bersama ibunya, Mak Tah dan adiknya, Anida di sebuah kampung. Medina ialah seorang graduan kulinari yang bercita-cita mahu menjadi seorang tukang masak yang berjaya. Dia menjual nasi lemak dan kuih muih di kampung sementara mencari pekerjaan.

Niyaz Aqasha (Andi Bernadee) telah bercuti ke resort milik ayahnya Tuan Muhsin di kampung Medina. Mereka sekeluarga menyambut ulang tahun perkahwinan Tuan Muhsin dan Puan Rogayah di situ. Niyaz dan Medina telah berkenalan secara tidak sengaja di kampung. Selepas itu, mereka sering terjumpa. Namun, pelbagai peristiwa lucu telah berlaku antara mereka.

Tuan Muhsin yang berkenan dengan masakan Medina telah mengambil Medina untuk bekerja di restorannya di KL. Niyaz terkejut. Tuan Muhsin suruh Niyaz menguruskan restoran itu dan boleh mengenali Medina. Niyaz memberi syarat dia nak ‘merisik’ perangai dan hati budi Medina dulu. Niyaz juga meminta Tuan Muhsin merahsiakan identitinya dan hanya mahu menjadi pekerja biasa di situ.

Medina kemudian bekerja di restoran Tuan Muhsin. Begitu juga dengan Niyaz. Di sana mereka mula mengenali antara satu sama lain dan semakin rapat. Medina juga memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Firas (Hafidz Roshdi) kerana sikap barannya yang susah dikawal. Pada masa yang sama, Tuan Muhsin telah masuk meminang Medina untuk Niyaz. Tanpa sengaja, Medina telah tersarung cincin lamaran Tuan Muhsin.

Medina terkejut apabila mengetahui itu adalah cincin lamaran untuknya sebab dia tidak bersedia menerima lamaran keluarga Tuan Muhsin itu. Lagipun dia tak kenal siapa anak Tuan Muhsin. Walaupun tidak sengaja, Mak Tah mengatakan itu adalah tanda Medina sudah terima lamaran selepas menyarung cincin itu. Apakah akan terjadi selepas itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Perisik Cinta Tak Diundang. MyInfoTaip. Dicapai 9 September 2021.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]