Periskop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Prinsip periskop. Periskop di sebelah kiri menggunakan cermin manakala periskop sebelah kanan pula menggunakan prisma.
a Cermin
b Prisma
c Mata pemerhati
Prinsip kanta periskop. Dua periskop ini berbeza dalam cara membetulkan imej yang dihasilkan.  Periskop sebelah kiri menggunakan prisma sedangkan periskop sebelah kanan menggunakan lensa menegak dan satah imej imej kedua.
y Kanta objektif
b Kanta lapangan
c Kanta membetulkan imej
d Kanta okulus
e Kanta mata pemerhati
f Prisma bersudut kanan
g Prisma membetulkan imej

Periskop adalah sejenis alat untuk mencerap atas, sekitar atau melalui sebuah objek, halangan atau keadaan yang menghalang pemerhatian garis penglihatan langsung daripada kedudukan semasa seorang pemerhati.[1][2]

Ia terdiri dalam bentuk yang paling mudahnya daripada sebuah bekas yang dipasangkan dengan cermin pada setiap hujung bekas tersebut, dengan cermin-cermin ini diselarikan antara satu sama lain pada sudut 45°. Bentuk periskop dengan penambahan dua kanta mudah ini digunakan untuk tujuan pemerhatian di medan pertempuran semasa Perang Dunia Pertama. Anggota tentera juga menggunakan periskop dalam beberapa turet meriam dan kenderaan berperisai.[1]

Periskop yang lebih rumit reka bentuknya menggunakan prisma dan/atau gentian optik canggih serta membolehkan pembesaran imej. Jenis periskop ini beroperasi dalam kapal selam serta pelbagai bidang sains. Keseluruhan reka bentuk periskop kapal selam yang klasik kapal terdiri daripada konsep mudah dua teleskop yang menunjuk ke arah satu sama lain. Jika dua teleskop mempunyai pembesaran berbeza, maka perbezaan antara kedua-dua periskop ini menyebabkan pembesaran atau pengurangan secara keseluruhan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Konsep alat pencerap jauh sebegini mula diilhamkan Johannes Gutenberg pada tahun 1430an bertujuan agar para penziarah dapat memerhatikan kegiatan di pesta keagaaman yang sibuk dikerumuni penonton di Aachen, Jerman. Pada 1647 pula, seorang ahli astronomi dari Gdansk bernama Johannes Hevelius memberikan gambaran awal terhadap alat ini dengan penambahan kanta dalam karya tulisannya Selenographia, sive Lunae descriptio [Selenografi, atau suatu kajian mengenai Bulan], di mana Johannes Hevelius turut melihat potensi pemakaian alat ini dalam bidang ketenteraan.

Tujuan periskop pertama yang digunakan adalah untuk ketenteraan laut dicipta oleh seorang ahli kimia Perancis, Hippolyte Marié-Davy (1820-1893), di mana rekaannya terdiri daripada sebatang tiub menegak dengan dua cermin kecil yang dipasang pada kedua-dua hujung tiub pada sudut 45°.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Bruce H. Walker (2000). Optical Design for Visual Systems. SPIE Press. m/s. 117. ISBN 978-0-8194-3886-7.
  2. ^ The Submarine Periscope: An Explanation of the Principles Involved in Its Construction, Together with a Description of the Main Features of the Barr and Stroud Periscopes. Barr and Stroud Limited. 1928.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]