Peristiwa 10 Ogos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran serbuan terhadap Istana Tuileries oleh para revolusioner Paris. [Prise du palais des Tuileries (1793) karya Jean Duplessis-Bertaux]

Kejadian yang berlaku pada 10 Ogos 1792 merupakan antara titik penting dalam Revolusi Perancis,[1][2] iaitu tarikh para Pengawal Negara yang berpaling tadah serta askar-askar relawan fédéré dari Marseille dan Brittany menyerbu Istana Tuileries serta menghalau Raja Louis XVI dan kerabat baginda dari persemayaman mereka.

Kejadian ini juga membawa kepada penggulingan pemerintahan diraja Perancis yang beralih kepada suatu republik yang melaksanakan penguatkuasaan yang sungguh radikal - hal ini memuncak dengan pembunuhan besar-besaran banduan serata Paris pada bulan berikutnya.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada bulan April 1792, Raja Louis VXI membentuk kabinet kerajaan dengan Girondin. Suatu perang ke atas Empayar Austria telah diisytiharkan menentang Austria pada 20 hari bulan. Austria pula bergabung kuasa dengan kerajaan Prusia lalu penggabungan kuasa mereka sangat melemahkan A

Revolusi, pada tarikh ini, memasuki fasa yang lebih radikal. Dewan Undangan Negara meluluskan beberapa usul yang mendapat tentangan daripada para paderi dan agamawan yang bersidang - mereka sendiri enggan bersumpah kepada Perlembagaan Awam Pendeta (Constitution civile du clergé) yang menyekat kuasa Gereja Katolik Rom serta melaksanakan pengharaman beberapa peraturan dilakukan pihak Gereja sehingga menundukkan kuasa Gereja kepada pemerintah Perancis.[3] pendeta, yang mengetuai, pada awal bulan Jun, konflik antara Louis XVI dan menteri Girondinnya. Ketika raja merancang untuk membentuk kabinet baru dengan puak Feuillant - yakni, puak setiaraja berperlembagaan yang lebih moderat, sentimen ketidakpuashatian mula meninggi antara raja dan sebagian besar angota Dewan serta dengan kebanyakan warga kota Paris sendiri.

Darurat[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Julai tahun sama, pemerintah mula mengisytiharkan suatu darurat - perintah berkurung dikenakan kepada rakyat biasa sambil diberikan senjata tombak serta risalah mengkhabarkan "Tanah Air berada dalam keadan bahaya" (« La Patrie est en danger ! »);[4] warga yang dikerahkan dalam Pengawal Negara (Garde Nationale) pula diberikan tugasan aktif.

Suatu temasya memperingati ulang tahun ketiga Serbuan Bastille diadakan pada 14 Julai di mana para anggota Garde serata Perancis diundang ke Paris bagi memeriahkan keadaan. Para askar pembedil batalion Filles-Saint-Thomas mula bersemuka dengan tentera relawan fédéré Marseille, lalu menyebabkan suatu pertelingkahan. Akibat insiden ini, puak Feuillant, para pembedil serta anggota askar dalam Garde nationale digugurkan daripada barisan mereka sebagi hukuman.

Suatu dokumen bersurat pada 25 Julai oleh Karl Wilhelm Ferdinand, Putera Braunschweig-Wolfenbüttel atas permintaan sekutunya Permaisuri Marie Antoinette berjudul Manifesto Braunschweig (manifeste de Brunswick) diterbitkan dalam akhbar Moniteur di Paris pada 1 Ogos;[5] penulisan tersebut bertujuan menakutkan rakyat jelata Marie yang berani menyanggah baginda.[6] Ia turut mengecam para revolusioner dengan menyatakan sekiranya mereka tidak menyerahkan diri serta mengembalikan kuasa pemerintahan kepada pihak kerajaan, maka Paris akan "berdepan serangan tentera dan ditundukkan sepenuhnya" (« une exécution militaire et une subversion totale »). Manifesto ini tersebar serata Paris pada 1 Ogos, khabar mengenai ketibaan para tentera Austria dan Prusia beberapa hari kemudian memuncakkan kemarahan warga republikan.

Serbuan istana Tuileries[sunting | sunting sumber]

Keberangkatan Raja Louis[sunting | sunting sumber]

Pierre Louis Roederer mencadangkan kepada baginda agar baginda berlindung di bangunan Perhimpunan Kebangsaan; maka baginda berbuat demikian bersama Marie dan anakanda mereka Marie Thérèse yang duduk di balai wartawan bangunan tersebut.

Dengan berangkatnya Raja Louis ini, para gendarmerie segera menggugurkan diri sambil berpaling tadah. Seberapa askar dalam Garde Nationale turut memutuskan bertukar sokongan mereka kepada para republikan

Serangan meletus[sunting | sunting sumber]

Gambaran serangan tentera republikan ke atas para pengawal istana - La Prise des Tuileries (1892) karya Henri-Paul Motte

Peperangan antara kedua-dua pihak ini bermula pada waktu pagi hari 10 Ogos. Para tentera fédéré dari Marseille dan Bretagne ditempatkan di kawasan Place du Carrousel di mana mereka menyiapkan meriam mereka ke arah istana.

Raja Louis XVI yang memerhatikan pertarungan genting sekitar pekarangan istana dalam pelrindungannya melihat para pengawal berundur menjauhi kemaraan batalion Faubourg Saint-Antoine, maka baginda memutuskan para pengawal ini terpaksa menyerah diri. Baginda segera menulis suatu surat memerintah melakukan sedemikian; para pengawal Swiss itu enggan menyerah begitu sahaja, namun mereka lama-kelamaan semakin dilemahkan dengan bekalan peluru yang semakin menghabis.

Sebanyak 300 orang daripada 800-900 pengawal Swiss yang menjaga istana tersebut dibunuh dalam serangan ini.[7] Selebihnya berundur ke belakang bangunan istana untuk melepaskan diri, namun malangnya mereka dikepung para tentera republikan di taman-taman istana. Pasukan Swiss ini berpecah belah cuba meloloskan diri, namun banyak yang dbunuh habis-habisan di pusat taman;[8] ada juga dilaporkan bahawa sepasukan 60 orang yang cuba berlindung di Balai Parlimen namun segera ditangkap dan dibunuh - kesemua mayat ini ditanam di bawah suatu tugu Raja Louis XIV di taman ini.[9] 300 orang askar Swiss sahaja yang tinggal[7] di mana kesemua mereka dipenjarakan di penjara Hôtel de Ville, ada daripada mereka mati menderita luka perang mereka.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jean Massin, Robespierre, Club français du livre 1956, p. 120
  2. ^ Nouvelle étape dans la Révolution ? Révolte guidée ? Révolte spontanée ? Jean-Paul Bertaud, La Révolution française, Perrin 1989 (rééd. Tempus 2004), m/s 159-160, 162.
  3. ^ D., Popkin, Jeremy (2010-01-01). A short history of the French Revolution. Pearson Education. ISBN 0205693571. OCLC 780111354.
  4. ^ Hampson 1988, m/s. 145.
  5. ^ Les historiens ne sont pas tous d’accord sur la date de parution du Manifeste à Paris : cela va du 27 juillet au 4 août, mais une majorité (tels Albert Soboul, F. Bluche ou Élisabeth et Robert Badinter, etc.) s’accordent pour donner plus précisément le Templat:1er août.
  6. ^ Michel Winock, L’Échec au roi, 1791-1792, Paris, Olivier Orban, 1991, ISBN 2-85565-552-8, Templat:P..
  7. ^ a b Czouz-Tornare, Alain-Jacques. "massacre des Tuileries". Dictionnaire historique de la Suisse (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 25 Februari 2014.
  8. ^ M.J. Sydenham, page 111 "The French Revolution", B.T. Batesford Ltd, London 1965
  9. ^ Thompson 1959, m/s. 288.
  10. ^ Tozzi, Christopher J. Nationalizing France's Army. m/s. 80. ISBN 978-0-8139-3833-2.