Peristiwa Kampung Rawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Peristiwa Kampung Rawa 1998 merujuk kepada sengketa kecil antara orang Melayu mamak dan India hindu di Kampung Rawa, Jelutong, Pulau Pinang,Malaysia. Ramai penduduk kawasan ini terdiri daripada penduduk Melayu, India dan Cina.

Punca rasa marah[sunting | sunting sumber]

Tanah-tanah milik Melayu semakin berkurang di situ kerana dijual pada harga yang tinggi. Kedudukannya yang terletak di tepi jalan , berhampiran dengan Jelutong dan Gelugor menyebabkan nilai tanah semakin tinggi.

Puncanya di[katakan berpunca dari pembinaan kuil Hindu dan masjid sebelah-menyebelah di situ, kira-kira 20 meter sahaja . Rasa tidak puas hati wujud sejak sekian lama kerana suasana bising mengganggu di antara satu sama lain yang menyukarkan mereka untuk bersembahyang. Loceng kuil dibunyikan setiap subuh dan waktu sembahyang. Penganut Hindu juga mendakwa masjid itu juga bising kerana bunyi azan 5 kali sehari dan majlis ceramah agama. Runtuhnya Masjid Babri di Gujerat ,India turut menyebabkan rasa tidak puas hati.Tidak ada kena mengena dengan pemelukan mualaf ke agama islam kemudian apabila bercerai ingin kembali ke agama asal mereka semula.

Kemuncak[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mac 1998 bukan May 13 1996 ketegangan memuncak selepas sembahyang Jumaat setelah ada yang saling membaling batu. Kira-kira 1500 - 2000 orang Islam berkumpul untuk sembahyang Jumaat. Ada saksi yang menyatakan jumlahnya mencapai 5000 orang termasuk [[India Muslim[[ dari Kedah, Kelantan dan Perak.Masjid Kampung Rawa itu hanya menampung 200 orang sahaja. Kira-kira 200-300 penganut Hindu berkawal di kuil mereka. Tidak ada sebarang pertumpahan darah , kecederaan atau kematian . Polis FRU telah melepaskan gas pemedih mata setelah 4 orang cedera.

Beberapa hari kemudian , sebuah kuil di tengah-tengah bandar Georgetown telah dibaling dengan bom petrol oleh seorang penunggang motosikal. Api tersebut berjaya dipadamkan oleh seorang petugas kuil bernama Krishnan .

Polis telah menahan 185 orang dan dibebaskan setelah disoal siasat. 25 orang lagi ditahan reman untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Pulau Pinang ketika itu ialah Datuk Abdul Hamid Mustapha.

Jalan penyelesaian[sunting | sunting sumber]

Selaku penduduk Pulau Pinang , Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah turun padang dan mendamaikan kedua-dua AJK masjid dan AJK kuil supaya berunding dan mencari jalan persefahaman. Berikutan itu ketegangan berjaya dikendurkan kerana tidak menyangka Timbalan Perdana Menteri prihatin terhadap permasalahan mereka. Sehingga kini tidak diketahui butir-butir perbincangan tersebut.

Tan Sri Koh Tsu Koon selaku Ketua Menteri Pulau Pinang turut mendamaikan kumpulan-kumpulan terbabit.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]