Peristiwa barisan Tentera Darat Rakyat Yugoslavia di Sarajevo 1992

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peristiwa barisan Tentera Darat Rakyat Yugoslavia di Sarajevo 1992
Tarikh3 Mei 1992
Lokasi
Keputusan Konvoi dihentikan; beberapa minit berbalas tembakan mengakibatkan beberapa dozen tentera JNA mati; sejumlah besar kelengkapan dirampas
Pihak yang terlibat

 Republik Bosnia dan Herzegovina

 Republik Persekutuan Yugoslavia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNPROFOR
Komandan dan pemimpin
Republik Bosnia dan Herzegovina Jusuf Prazina (dituduh) Republik Persekutuan Yugoslavia Milutin Kukanjac
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Lewis Mackenzie
Kekuatan
& ~200 ~270 tentera, 38 kenderaan
~10 pemerhati UNPROFOR, 4 kenderaan
Kerugian dan korban
16 terkorban 42 terbunuh[1] (sumber alternatif menyatakan 5–38),[2][3] 71–73 cedera dan 215–218 ditangkap
1–23 orang awam terbunuh

Peristiwa serangan ke atas konvoi Tentera Darat Rakyat Yugoslavia di Sarajevo terjadi pada 3 Mei 1992 di Jalan Dobrovoljačka, Sarajevo, apabila anggota dari Tentera Darat Republik Bosnia dan Herzegovina (ARBiH) menyerang sebuah konvoi pasukan Tentera Darat Rakyat Yugoslavia (JNA) yang berundur daripada kota Sarajevo mengikut persetujuan pengunduran.

Serangan ini dipercayai dilakukan bagi membalas tindakan penahanan Presiden Republik Bosnia dan Herzegovina, Alija Izetbegović, yang mana telah ditahan di Lapangan Terbang Sarajevo oleh Tentera Darat Rakyat Yugoslavia pada hari sebelumnya.[4]

Serangan dimulakan apabila barisan konvoi ini dipisahkan oleh satu rempuhan kereta. Kemudian, pertempuran sekali sekala dan tidak teratur berlaku untuk beberapa minit di sekitar kumpulan konvoi ini.

Komander tentera darat Bosnia, Sefer Halilovic kemudian mengulas mengenai kejadian ini "para pejuang kita dan orang awam bertindak secara spontan, mereka memisahkan konvoi ini kepada dua."

Dalam sebuah buku bertajuk "Peacekeeper: The road to Sarajevo", komander pasukan pengaman PBB Jen. Lewis McKenzie yang berada dalam konvoi ini memperincikan bahawa beliau melihat: "Saya boleh melihat raifal askar-askar Pertahanan Simpanan melalui tingkap kereta-kereta orang awam, yang mana merupakan sebahagian daripada konvoi, dan menembak (...) Saya melihat darah meleleh turun daripada cermin tingkap. Ia merupakan kejadian paling menakutkan dalam hidup saya."

Para pendakwaraya Serb menyatakan bahawa 42 askar JNA telah terbunuh dalam serangan ini. Bagaimanapun, Jeneral Milutin Kukanjac, komander JNA di Sarajevo, mendakwa bahawa daripada 215 anggota tentera, hanya enam orang yang meninggal dunia dalam serangan ini.[2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Satu siasatan dibuat oleh Pejabat Pendakwaraya Serbia dan menyebabkan kontroversi dikedua-dua pihak di Bosnia dan Herzegovina dan Serbia. Dua anggota dalam majlis Kepresidenan Negara, Haris Silajdžić dan Željko Komšić, mendakwa tindakan Serbia melanggar Persetujuan Rome[5]. Para presiden menghadiri satu mesyuarat dengan anggota-anggota Kepresidenan Bosnia, iaitu Tatjana Ljujić-Mijatović, Ivo Komšić, Miro Lazović dan Ejup Ganić, dan menyimpulkan bahawa Serbia telah melanggar Persetujuan Rome 1996, dengan gagal meminta pandangan ICTY sebelum mengambil tindakan dan "oleh itu melanggar cadangan-cadangan antarabangsa yang sah".[6]

Sebuah mahkamah Belgrade mengeluarkan waran untuk menahan 19 orang bekas pegawai kerajaan Bosnia. Ejup Ganić, seorang bekas anggota kepresidenan Bosnia sewaktu perang adalah antara orang yang dicari dalam serangan ini, menangkis tuduhan, menggambarkan serangan ke atas konvoi JNA bertujuan untuk memberi pukulan kepada para penculik Presiden Izetbegović selepas penahanan beliau oleh tentera Serb Bosnia.[7] Ganić telah ditahan di London, tetapi dengan pantasnya dibebaskan setelah Hakim Timothy Workman memutuskan bahawa JNA merupakan tentera musuh semasa perang dengan Bosnia dan Herzegovina, maka dengan itu merupakan sasaran yang sah.[8] In 2003 The International Tribunal for Justice dismissed the case, stating that the actions of the ArBiH did not constitute a breach of law.[9]

Pada 3 Mac 2011, Jovan Divjak telah ditahan di Vienna di sebabkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Serbia. Bagaimanapun, Austria berkata mereka tidak akan mengektradasi beliau ke Belgrade.[10] Pada tahun 2003, ICTY juga memutuskan bahawa tiada asas untuk mendakwa Divjak.[11] Pada tahun 2012, Pejabat Pendakwaan Bosnia dan Herzegovina melakukan perkara yang sama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ РТС: О Ганићевој одговорности
  2. ^ a b "Sarajevo ogorčeno zbog Divjaka". B92. March 5, 2011. Dicapai pada March 7, 2011.
  3. ^ http://balkans.aljazeera.net/vijesti/slucaj-dobrovoljacka-falsifikovanje-istine
  4. ^ John F. Burns (3 May 1992). "Sarajevo's Center Erupts in War, Weakening Yugoslav Truce Effort". New York Times. Dicapai pada 7 March 2011.
  5. ^ http://www.ohr.int/ohr-dept/hr-rol/thedept/war-crime-tr/default.asp?content_id=6093
  6. ^ Mackic, Erna. "Serbian Probe into JNA Deaths Alarms Bosnians". Balkan Investigative Reporting Network.
  7. ^ Vasovic, Aleksandar (26 February 2009). "Serbia charges 19 Bosnian officials with war crimes". Reuters.
  8. ^ Workman, Timothy (July 27, 2010). "The Government of the Republic of Serbia vs. Ejup Ganić" (PDF). City of Westminster Magistrates’ Court. m/s. 3. Dicapai pada 4 March 2011.[pautan mati kekal]
  9. ^ Gutman, Roy. "Serbia pursues Ejup Ganic for war crimes. Or is it a vendetta?". Christian Science Monitor.
  10. ^ "Austria won't send Bosnia general to Serbia". Reuters. March 7, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-03. Dicapai pada March 7, 2011.
  11. ^ "RULES OF THE ROAD: NO GROUNDS FOR PROSECUTION OF GENERAL DIVJAK". Sense Agency. March 3, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-16. Dicapai pada March 7, 2011.