Peristiwa kepupusan Ordovisia–Silur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Peristiwa kepupusan Ordovisia-Silur merupakan peristiwa kepupusan terbesar kedua dalam sejarah Bumi berdasarkan peratusan genera yang pupus. Peristiwa ini amat memberi kesan terhadap spesies-spesies laut dan mengakibatkan kepupusan sepertiga famili brachiopoda dan bryozoa serta sejumlah kumpulan conodont, trilobita dan graptolita.[1] Peristiwa kepupusan Ordovisium-Silur berlangsung pada masa Hirnantia pada tempoh Ordovisium dan pada masa Rhuddania pada tempoh Silur.[2] Peristiwa terakhir berlangsung pada jangka waktu 455-430 juta tahun yang lalu, atau dalam kata lain berlangsung dari tempoh Ordovisia Pertengahan hingga Silur Awal.[3] Peristiwa ini ialah peristiwa kepupusan pertama pada zaman Fanerozoik dan juga peristiwa pertama yang mempengaruhi spesies haiwan.[4]

Hampir semua kumpulan taksonomi dipengaruhi oleh peristiwa kepupusan ini. Kepupusan ini bersifat global dan dianggarkan 49-60% genera laut dan hampir 85% spesies laut pupus.[5]

Brachiopoda, bivalvia, echinodermata, bryozoa dan koral sangat dipengaruhi oleh peristiwa ini.[6] Suhu Bumi relatif hangat sebelum pendinginan pada zaman Ordovisia akhir.[7] Pendinginan ini diduga disebabkan oleh proses glasiasi. Bukti berlakunya glasiasi dapat ditemui di endapan-endapan di Gurun Sahara. Sementara itu, penurunan permukaan air laut yang juga dipicu oleh glasiasi mengganggu atau menghancurkan habitat di landas benua.[6][8] Oleh itu, gabungan antara penurunan permukaan air laut dan pendinginan yang disebabkan oleh glasiasi diduga merupakan faktor utama yang menyebabkan peristiwa ini.[8]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elewa, Ashraf (2008). Late Ordovician Mass Extinction. m/s. 252. ISBN 978-3-540-75915-7.
  2. ^ "Ordovician-Silurian extinction". Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 2016-04-06.
  3. ^ Barash, M. (November 2014). "Mass Extinction of the Marine Biota at the Ordovician–Silurian Transition Due to Environmental Changes". Oceanology.
  4. ^ Harper, D. A. T., Hammarlund, E. U., & Rasmussen, C. M. Ø. (May 2014). "End ordovician extinctions: A coincidence of causes". Gondwana Research. doi:10.1016/j.gr.2012.12.021.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Christie, M., Holland, S. M., & Bush, A. M. (2013). "Contrasting the ecological and taxonomic consequences of extinction". Paleobiology.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ a b Sole, R. V., and Newman, M., 2002. "Extinctions and Biodiversity in the Fossil Record - Volume Two, The earth system: biological and ecological dimensions of global environment change" pp. 297-391, Encyclopedia of Global Environmental Change John Wilely & Sons.
  7. ^ Melott, A.L.; dll. (2004). "Did a gamma-ray burst initiate the late Ordovician mass extinction?". International Journal of Astrobiology. 3 (2): 55–61. arXiv:astro-ph/0309415. Bibcode:2004IJAsB...3...55M. doi:10.1017/S1473550404001910.
  8. ^ a b "Causes of the Ordovician Extinction". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-09. Dicapai pada 2021-02-02.