Pergi ke kandungan

Hari Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Perisytiharan Malaysia)
Hari Malaysia
هاري مليسيا
Official nameHari Malaysia
Also calledMalaysia
Observed byRakyat Malaysia
Typekebangsaan
SignificanceTanda simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutuan Malaysia
Date16 September 1963 (1963-09-16)
Related toHari Kebangsaan, Hari Sarawak & Hari Sabah.
Akta Malaysia 1963 (dokumen)
Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama tanah jepung

, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6 Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,[2] namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]

Dalam budaya masyhur

[sunting | sunting sumber]

Malaysia Selamanya adalah lagu yang dikarang oleh Bobby Gimby untuk meraikan Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Bobby Gimby menerima nama panggilan "The Pied Piper of Canada" selepas Perdana Menteri menamakan Gimby sebagai "Pied Piper dari Kanada". Lagu itu dirakamkan di Kuala Lumpur dan Singapura. Ia adalah lagu rakyat dengan panjang 2 minit dinyanyikan oleh Choir of Marymount Vocational School (Singapura). Pada hari-hari sebelum penggabungan itu, ia telah diajar kepada kanak-anak sekolah sebelum penggabungan dan menjadi lambakan segera apabila disiarkan melalui gelombang udara di seluruh bahagian Malaysia.

Tuan Rumah

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan tuan rumah serta tema-tema Hari Malaysia dari tahun 2015 sehingga kini.

Tahun Tuan Rumah Sambutan Tema
2015 SabahSabah #sehatisejiwa
2016 SarawakSarawak
2017 Negaraku Sehati Sejiwa
2018 SabahSabah Sayangi Malaysiaku
2019 SarawakSarawak Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
2020 Malaysia Prihatin
2021 SabahSabah
2022 MelakaMelaka Keluarga Malaysia Teguh Bersama
2023 SarawakSarawak Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, Segulai Sejalai
2024 SabahSabah Malaysia Madani: Jiwa Merdeka[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ A marriage that was doomed from the start. New Straits Times. 4 Ogos, 2007.
  2. ^ Lim Sokong Cuti Umum 16 Sept Untuk Lima Negeri Ditadbir Pakatan Rakyat
  3. ^ Hari Malaysia Diisytihar Sebagai Cuti Umum, Bernama
  4. ^ "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024". astroawani.com. 5 Jun 2024.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]