Periyar
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Tamil. (Mac 2025)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Periyar பெரியர் | |
---|---|
![]() | |
Presiden Dravidar Kazhagam | |
Dalam jawatan 27 Ogo 1944 – 24 Dis 1973 | |
Didahului oleh | Jawatan didirikan |
Digantikan oleh | Annai E. V. R. Maniammai |
Ketua Parti Keadilan | |
Dalam jawatan 1939 – 27 August 1944 | |
Inaugural Holder | C. Natesa Mudaliar |
Didahului oleh | Ramakrishna Ranga Rao dari Bobbili |
Digantikan oleh | P. T. Rajan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Erode, Coimbatore, Kepresidenan Madras, India British | 17 September 1879
Meninggal dunia | 24 Disember 1973 Vellore, Tamil Nadu, India | (umur 94)
Tempat semadi | Periyar Ninaividam |
Parti politik | Dravidar Kazhagam (dari 1944) |
Gabungan politik lain |
|
Pasangan |
|
Pekerjaan |
|
Nama panggilan |
|
Erode Venkatappa Ramasamy (Tamil: ஈரோடு வெங்கட்டர் இராமசாமி, rumi: Erode Venkattar Iramasami, 17 September 1879 – 24 Disember 1973) atau nama masyhurnya Periyar (Tamil: பெரியார்) seorang aktivis dan ahli siasah kelahiran Tamil Nadu di India. Beliau pada mulanya menganggotai Kongres Kebangsaan India pada tahun 1919 di mana beliau berkhidmat sebagai Presiden Wakil Negeri Madras sehingga 1925, di mana beliau meletakkan jawatan kerana mempercayai parti tersebut hanya menyebelahi kasta Brahmin. Pada ketika ini juga beliau menggagaskan fahaman suya mariyada yang menekankan kesaksamaan masyarakat Tamil tidak kira lapisan serta membela hak dan sara hidup wanita.[1] Pada 1929, beliau dan isterinya Nagammal berlepas dari Nagapattinam layar melawat diaspora Tamil di jajahan-jajahan Malaya dan Singapura atas undangan Penang Hindu Mahajana Sangham untuk melihat keadaan mereka. Beliau tiba di Pulau Pinang memulakan jelajah ceramah di bandar-bandar seluruh Semenanjung untuk menyebarkan buah fikirannya yang menjadi pegangan utama umat Hindu kasta rendah dan Islam.[2][3]
Periyar mengetuai Parti Keadilan diasaskan C. Natesa Mudaliar pada 1939. Beliau mula mendokong ideologi nasionalisme Dravida yang mengharapkan suatu negara Dravida Nadu berdaulat membela bangsa dan budaya serumpun Dravida seiring cadangan pembahagian India oleh Muhammad Ali Jinnah, ketua Liga Muslim Se-India;[4] parti diketuainya dikembangkan kepada Dravidar Kazhagam pada tahun 1944. Satu kelompok dalam parti ini pecah membentuk Dravida Munnetra Kazhagam pimpinan C. N. Annadurai 1949. Pembaharuan politik melalui Akta Penyusunan Semula Negeri 1956 memenuhi tuntutan para pemimpin DMK yang menggugurkan gagasan tersebut pada 1956, Annadurai melepaskan ideologi nasionalis tersebut secara rasmi pada 1962.[5]
Beliau masih dianggap negarawan terhebat para warga Tamil Nadu yang melihatnya menjulang gagasan kesaksamaan sesama kaum serta menolak penindasan dan eksploitasi ke atas bangsa Tamil, malah dijulang dalam kalangan pendokong politik haluan kiri dan progresivisme di India. Sedangkan, golongan Hindu ortodoks (seperti Rashtriya Swayamsevak Sangh kini) memusuhinya atas tanggapan mencabar aturan lama masyarakat[2] serta mendokong separatisme.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Manoharan, Karthick Ram (Mac 2021). "Radical freedom: Periyar and women". Open Research Europe (dalam bahasa Inggeris). 1. doi:10.12688/openre.
- ^ a b Amrith, Sunil S. (2013). Crossing the Bay of Bengal: The Furies of Nature and the Fortunes of Migrants. Harvard University Press. m/s. 161–2. ISBN 978-0-674-72847-9.
- ^ Solomon, John (2016). A Subaltern History of the Indian Diaspora in Singapore: The Gradual Disappearance of Untouchability 1872-1965. Routledge. m/s. 157. ISBN 978-1-317-35380-5.
- ^ Menon, V. P. (1998). Transfer of Power in India. Orient Longman. m/s. 106. ISBN 81-250-0884-5.
- ^ Thapar, Romesh (1978). Change and Conflict in India. Macmillan. m/s. 75. ISBN 0-8364-0222-7.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Periyar |
![]() |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Periyar |
- Laman web rasmi mengenai Periyar (dalam bahasa Inggeris)
- Thanthai Periyar Diarkibkan 2 Mei 2021 di Wayback Machine (dalam bahasa Inggeris)
- Rationalist/Social Reformer Diarkibkan 4 Disember 2013 di Wayback Machine (article) (dalam bahasa Inggeris)
- The Revolutionary Sayings of Periyar Diarkibkan 28 Julai 2013 di Wayback Machine (dalam bahasa Inggeris)
- `The economic interest ... that was the contradiction' (article) (dalam bahasa Inggeris)
- Thanthai Periyar (dalam bahasa Inggeris)