Perjanjian 7 Jun 1823

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perjanjian ini ditandatangani antara Sultan Hussain Shah ,Temenggung Abdul Rahman dan Stamford Raffles.

Antara syarat perjanjian ialah

  • Sultan menerima bayaran sebanyak 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung menerima 800 dolar Sepanyol setiap bulan.
  • Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina.
  • Syarikat Hindia Timur Inggeris berkuasa di seluruh Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.
  • Undang-undang British dikuatkuasakan.