Perjanjian Darin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penandatangan Perjanjian Darin
Percy Cox atas nama Britain

Perjanjian Darin, atau Pakta Darin, tahun 1915 adalah perjanjian antara England dan Abdul Aziz bin Saud (kadang-kadang disebut Ibnu Saud) penguasa Emirat Nejd dan Hasa, yang kemudian mendirikan Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1932.

Para penandatangan Pakta Darin[sunting | sunting sumber]

Sir Percy Cox atas nama England dan Abdul-Aziz Al Saud menandatangani Perjanjian di Darin, di pulau Tarut[1] pada 26 Disember 1915. [2]

Ketentuan[sunting | sunting sumber]

Perjanjian tersebut membuat tanah Dinasti Saud menjadi protektorat Inggeris dan berusaha untuk menentukan batas-batasnya.[3][4] Tujuan England dari perjanjian itu adalah untuk menjamin kedaulatan Kuwait, Qatar dan Negara-Negara Gencatan Senjata (perintis UEA).[5] Abdul-Aziz setuju untuk tidak menyerang protektorat Inggeris, tetapi tidak berjanji bahawa beliau tidak akan menyerang Syarif Mekah.[6]

Selain itu, Abdul Azis setuju untuk memasuki Perang Dunia I di Timur Tengah melawan Empayar Uthmaniyyah sebagai sekutu Inggeris.[2]

Pengaruh perjanjian[sunting | sunting sumber]

Perjanjian itu ialah yang pertama memberikan pengiktiraf antarabangsa kepada negara Saudi yang masih muda. Juga, untuk pertama kalinya dalam sejarah Nejdi, konsep sempadan yang dirunding telah diperkenalkan.[5] Selain itu, tujuan England ialah untuk mengamankan protektorat Teluk Parsi. Tetapi perjanjian tersebut berdepan dengan akibat yang tidak diinginkan untuk mengesahkan kawalan Saudi di daerah yang berdekatan.[5] Perjanjian itu digantikan oleh Perjanjian Jeddah (1927).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abdul-Razzak, S. (1997). International Boundaries of Saudi Arabia. m/s. 32. ISBN 978-8172000004.
  2. ^ a b Abdullah I of Jordan; Philip Perceval Graves (1950). Memoirs. m/s. 186.
  3. ^ Wilkinson, John C. (1993). Arabia's Frontiers: the Story of Britain's Boundary Drawing in the Desert. m/s. 133–139.
  4. ^ Dahlan, Malik (2018). The Hijaz: The First Islamic State. Oxford University Press. m/s. 115. ISBN 978-0-19-093501-6.
  5. ^ a b c Chaudhry, Kiren Aziz (1997). The Price of Wealth: Economics and Institutions in the Middle East. m/s. 53. ISBN 978-0801484308.
  6. ^ Al-Naqeeb, Khaldoun Hasan (1991). Society and State in the Gulf and Arab Peninsula: A Different Perspective. m/s. 69. ISBN 978-0415041621.