Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perjanjian ini telah ditandatangani pada 12 Jun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896. Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) atau Persekutuan 1896.

Antara syarat perjanjian ialah:

Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama. Pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral.

Faktor-faktor pembentukan Perjanjian Persekutuan 1895[sunting | sunting sumber]

Faktor bagi pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:

Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen[sunting | sunting sumber]

  • Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas.
  • Residen menjadi terlalu berkuasa.
  • Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura pun gagal mengawal kuasa Residen.
  • Pentadbiran di setiap negeri tersebut tidak seragam kerana mempunyai undang-undang tersendiri.

Krisis Kewangan Pahang[sunting | sunting sumber]

  1. Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British.
  2. Oleh itu, jika Pahang digabungkan dengan negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor, masalah ini dapat diringankan.

Perkongsian Perkhidmatan Pakar[sunting | sunting sumber]

  1. Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doktor.

Sistem Perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan.

Faktor Keselamatan[sunting | sunting sumber]

  1. Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

Dasar British[sunting | sunting sumber]

  1. Penubuhan Persekutuan akan memberi kebaikan politik , ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu

Kesan-kesan pembentukan Perjanjian Persekutuan 1895[sunting | sunting sumber]

  1. Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, urusan kewangan dan cukai eksport.
  2. Kerajaan pusat telah menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British. Antaranya ialah Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.
  3. Penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan ini dihadkan oleh pihak British.
  4. Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal kecuali hal yang berkaitan agama Islam dan adat Melayu.
  5. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral.
  6. Keadaan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati sultan-sultan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  • Sultan telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak British. British telah bersetuju menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu pada tahun 1897 bagi mengatasi masalah ini. Ahli-ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan empat orang Residen.

Durbar pertama telah diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897.

Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Dalam persidangan tersebut, sultan Perak iaitu Sultan Idris telah mengkritik pemusutan kuasa di tangan Residen Jeneral dan mendesak agar kuasa raja-raja Melayu dikembalikan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Old Treaties & Documents of Malaysia, 1791-196'--103.1.71.16 04:25, 6 Julai 2015 (UTC)
  • Buku Teks Sejarah Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2012. (Hak Cipta Kementerian Pendidikan Malaysia 2003.)