Perjanjian Sistova

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leopold II
Selim III
Pejanjian ditandatangan di rumah kecil yang kini terletak di Svishtov, Bulgaria

Perjanjian Sistova mengakhiri perang Austria-Turki terakhir (1787–91). Ia ditaja oleh Great Britain, Prusia dan Belanda,[1] dan telah ditandatangani di Sistova (kini terletak di Svishtov) dalam negara Bulgaria pada 4 Ogos 1791.[2] Perjanjian ini ditandatangani antara kerajaan Turki Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Sultan Selim III dengan Austria.[3] Antara isi perjanjian ini, mengembalikan sempadan kedua - dua kerajaan ini kepada keadaan sebelum perang pada tahun 1787. Ia ditulis didalam bahasa Turki dan Perancis.[1]

Terma-terma[sunting | sunting sumber]

Austria telah dikalahkan pada tahun pertama perang, tetapi kemudian berjaya menawan Belgrade, dan mendapat kemenangan lain berdekatan Calafat pada tahun 1790. Sekutu Austria, Rusia juga menang besar. Tetapi Austria kemudian diancam oleh serangan daripada Prusia;[4] serta ekoran tercetusnya Revolusi Perancis, menarik perhatian Austria. Di bawah tekanan ini, Austria menerima hanya keuntungan kecil dari peperangan: iaitu bandar Orşova dan dua buah kawasan kecil di perbatasan Croatia yang mana dilepaskan kepada Austria.[5]

Perjanjian ini menamatkan Perang Austria-Uthmaniyyah. Austria tidak menyertai peperangan yang diketuai oleh Rusia menentang Uthmaniyah semasa kurun ke-19 dan 20.[3]

Selepas perang dengan Turki tamat, Austria menyertai Prusia dalam Deklarasi Pillnitz pada 27 Ogos. Austria menolak sebarang perluasan ke atas Empayar Uthmaniyah. Sebagai balasan, Prusia berjanji tidak akan meluaskan kuasa ke timur dan tidak akan menyokong Revolusi Brabant. Kedua-dua negara berikrar untuk campur tangan di Perancis sekiranya semua kuasa-kuasa Eropah bersetuju ia perlu dilakukan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b The Peace Treaties of the Ottoman Empire, Karl-Heinz Ziegler, 'Peace Treaties and International Law in European History: From the Late Middle Ages to World War One, ed. Randall Lesaffer, (Cambridge University Press, 2004), 358.
  2. ^ Jeremy Black, British Foreign Policy in an Age of Revolutions, 1783-1793, (Cambridge University Press, 1994), 263.
  3. ^ a b Acton, John (1904). The Cambridge Modern History. Macmillan & Company. m/s. 334.
  4. ^ Virginia Aksan, Ottoman Wars: An Empire Besieged, (Taylor & Francis, 2007), 138.
  5. ^ Charles W. Ingrao, The Habsburg Monarchy, 1618-1815, (Cambridge University Press, 2000), 210.

Templat:Ottoman treaties