Perjanjian Umar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perjanjian Umar (juga dikenali sebagai: Kesepakatan Umar, Ketetapan Umar, atau Undang-undang Umar; Dalam Bahasa Arab: Arab: شروط عمر atau عهد عمر atau عقد عمر), ialah suatu perjanjian di antara Kaum Muslim dan Kristian Syria yang kemudiannya mendapat status kanun dalam perundangan Islam. Terdapat beberapa versi perjanjian ini, yang berbeza struktur dan isi syaratnya.[1] Walaupun perjanjiannya ini secara tradisinya dikaitkan dengan Khalifah kedua iaitu Umar ibn Khattab,[2] beberapa tokoh perundangan dan orientalis meragui perkaitan tersebut.[1]

Perjanjian Umar menggariskan beberapa set peraturan yang berbeza untuk penduduk bukan Islam (Kristian, Majusi, Yahudi, Samaritan dan pagan), yang berada di bawah pemerintahan Empayar Islam. Dokumen tersebut bertujuan untuk memperbaiki hubungan antara masyarakat Muslim dan bukan Muslim (dzimmi -أهل الذمة). Sesetengah perjanjian Umar digunakan pakai dari semasa ke semasa, malah pada 1900-an dan kini untuk sesetengah pemerintahan Islam, seperti di Iran, Iraq, Arab Saudi, Yaman, Syria.[3]

Secara amnya, perjanjian ini menyenaraikan hak-hak bukan Islam (dzimmi). Dengan mematuhi peraturan ini, masyarakat bukan Islam diberikan keselamatan jiwa, keluarga dan juga harta. Sesetengah hak dan ketetapan juga digunapakai. Menurut Ibnu Taimiyyah, salah satu ulama yang menerima kesahihan perjanjian ini, kaum dzimmi mempunyai hak "untuk membebaskan diri mereka daripada Perjanjian Umar dan mengaku status sebagai setaraf dengan kaum Muslim jika mereka dimasukkan sebagai ahli tentera negeri dan bertarung bersama-sama Muslim di medan perang."[4]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa versi perjanjian, dengan perbezaan dan persamaan dalam struktur perkataan dan penulisan yang digunakan, sebagai tambahan kepada syarat yang dikemukakan.[1] Sebahagian versi hanya menyebut Kristian sahaja, tetapi ia digunapakai kepada semua masyarakat bukan Islam.

Isinya: [5] [6] [7][8][9] [10]

  • Pemerintah harus mempersiapkan keselamatan kepada penganut Kristian yang ingin menurut Perjanjian ini.
  • Larangan untuk membina gereja, rumah ibadah, tokong, kuil atau kurungan yang baharu. Turut terdapat larangan untuk membina saumaah baharu, walaupun diketahui terdapat saumaah yang dibina selepas penaklukan Islam, seperti Jerusalem dan Ramle. Undang-undang yang melarang membina saumaah baru bukanlah perkara baru bagi Yahudi kerana perkara ini turut wujud semasa di bawah pemerintahan Empayar Byzantine. Walau bagaimanapun, larangan ini adalah baru bagi Kristian.
  • Larangan untuk membina semula gereja, pada waktu siang ataupun malam, dalam kejiranan mereka atau yang terletak di bahagian kawasan orang Islam.
  • Larangan untuk menggantung salib di atas gereja.
  • Orang Islam harus dibenarkan untuk memasuki gereja (untuk menumpang teduh) pada bila-bila masa, siang ataupun malam.
  • Larangan untuk memanggil waktu ibadah dengan loceng atau gong.
  • Larangan untuk Kristian dan Yahudi, meninggikan suara ketika waktu beribadah.
  • Larangan mengajar anak-anak bukan Islam al-Quran.
  • Kristian dilarang menunjukkan agama mereka di tempat awam, dan larangan menunjuk kitab atau lambang Kristian di tempat awam, di jalanan atau di pasar orang Islam.
  • Perarakan Palm Sunday dan Easter adalah diharamkan.
  • Pengebumian haruslah diadakan dalam keadaan senyap.
  • Larangan mengebumikan mayat bukan Islam berhampiran yang Islam.
  • Larangan memternak babi berhampiran kejiranan Islam.
  • Kristian dilarang menjual arak kepada orang Islam.
  • Kristian dilarang memberikan perlindungan atau tempat teduh kepada perisik.
  • Larangan menipu tentang orang Islam.
  • Kewajiban untuk menunjukkan hormat kepada Muslim. Jika mereka ingin duduk, yang bukan Islam harus bangun dari tempat duduknya dan membenarkan orang Islam tersebut duduk.
  • Larangan berdakwah kepada Muslim untuk keluar dari Islam.
  • Larangan menghalang untuk orang yang ingin memeluk agama Islam menganuti Islam.
  • Penampilan orang bukan Islam haruslah berbeza dari yang Islam; Larangan memakai Qalansuwa (sejenis topi yang dipakai kaum Badwi), serban Badwi (Amamah), kasut orang Islam, dan selapang di pinggang. Di kepala pula, dilarang menyikat rambut ke tepi seperti cara orang Islam, mereka harus memotong rambut di hadapan kepala mereka. Orang bukan Islam juga tidak boleh meniru kaedah atau cara percakapan serta menggunakan kunya (panggilan Arab, seperti "abu Khattib").
  • Kewajiban untuk mengenalpasti yang bukan Islam iaitu memotong jambul dan mengenakan pakaian yang sentiasa sama, tidak kira di mana jua, dengan ikatan zunar (sejenis tali pinggang). Kristian memakai tali pinggang atau serban biru, Yahudi memakai tali pinggang atau serban kuning, Majusi memakai tali pinggang atau serban hitam, dan Samaritan memakai tali pinggang atau serban merah.
  • Larangan menunggang haiwan mengikut cara orang Islam, dan larangan menunggang menggunakan pelana.
  • Larangan menggunanakn gelaran kehormat orang Muslim.
  • Larangan mengukir tulisan Arab pada mohor dan meterai.
  • Larangan memiliki senjata.
  • Larangan mengajar anak-anak al-Quran.
  • Bukan Islam harus boleh menumpangkan musafir Muslim sekurang-kurangnya 3 hari termasuk menawarkan makanan.
  • Larangan membeli dari banduan Muslim.
  • Larangan mengambil hamba yang diperuntukkan untuk orang Islam.
  • Larangan untuk orang Islam memimpin, memerintah atau menggaji orang Islam.
  • Jika orang bukan Islam memukul orang Islam, status dzimminya digugurkan
  • Rumah ibadat bukan Islam haruslah lebih rendah dari masjid di bandar.
  • Rumah orang Islam tidak boleh lebih tinggi dari rumah orang Islam.

Asal-usul dan Kesahihan[sunting | sunting sumber]

Asal-usul sejarah dokumen ini terletak pada perjanjian di antara penaklum Islam dan Kristian Jazira atau Damsyik yang kemudiannya diluaskan penggunaan kepada Ahlul Dzimma di tempat lain.[5]

Sesetengah sejarahwan Barat mencadangkan yang dokumen ini berdasarkan Jaminan Umar, suatu perjanjian antara Umar ibn Khattab dan Patriark Jerusalem, Sophronius selepas penaklukan Jerusalem ketika pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.[6]

Pendapat sarjana Barat berbeza-beza tentang kesahihan Perjanjian ini. Prof. Thomas Walker Arnold dalam bukunya menyatakan "Hal ini berharmoni dengan pertimbangan yang baik terhadap rakyat dari agama yang berlainan, bahawa ‘Umar dirakamkan yang beliau telah mengarahkan elaun duit dan makanan untuk Kristian yang menghidap kusta dari dana awam. Malah dalam amanat akhirnya, ketika mengamanahkan jawatan tinggi itu kepada bakal penggantinya, untuk ingat akan kaum dzimmi (atau orang yang dilindungi dari agama lain): "Saya ingin mengingatkannya tentang dzimmi, yang menikmati perlindungan allah dan Rasul; biarkan mereka melihat bahawa perjanjian dengan mereka itu dikotakan, dan tiada beban yang lebih berat yang dapat mereka tanggung melainkan ini".[11]

Dia meneruskan lagi di dalam bukunya:

"Generasi terkemudian mengaitkan ‘Umar dengan beberapa peraturan ketat yang menghalang Kristian daripada mengamalkan agama mereka dengan bebas, tetapi De Goeje dan Caetani membuktikan tanpa keraguan yang peraturan inilah yang membentuk zaman yang terkemudian; kerana ketika zaman ulama Muslim kurang bertoleransi menerima peraturan ini dengan sebaiknya, peraturan ini menjadi kepentingan untuk mengekalkan keadaan Gereja Kristian di bawah pemerintahan Islam. Peraturan Umar ini adalah seperti berikut: “Dengan nama Allah………. kamu bebas untuk melayan kami sebagai musuh dan pemberontak”.[12]

Sarjana lain menyokong pendapat bahawa dokumen ini adalah hasil karangan mujtahid abad ke-9 (Arthur Stanley Tritton, Antoine Fattal), atau dibuat semasa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz semasa Kerajaan Bani Umaiyah, dengan klausa ditambah kemudian (Michael Jan de Goeje, Salo Baron, Norman Stillman). Sarajan lain (Bernard Lewis, Albrecht Noth, Mark R. Cohen), memutuskan yang dokumen ini berasal dari persekitaran pasca penaklukan dan dikarang semula oleh sejarahwan yang terkemudian.[5]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Abu-Munshar 2007, m/s. 63.
  2. ^ Thomas & Roggema 2009, m/s. 360.
  3. ^ The Jews of Iran in the nineteenth century [electronic resource] : aspects of history, community, and culture / by David Yeroushalmi. Leiden ; Boston : Brill, 2009.
  4. ^ Ipgrave, Michael (2009). Justice and Rights: Christian and Muslim Perspectives. Georgetown University Press. m/s. 58. ISBN 1589017226.
  5. ^ a b c Roggema 2009, m/s. 361.
  6. ^ a b Meri 2005, m/s. 205.
  7. ^ al Turtushi, Siraj al Muluk, Cairo 1872, pp 229-230.
  8. ^ http://archive.org/stream/caliphsandtheirn029590mbp/caliphsandtheirn029590mbp_djvu.txt
  9. ^ http://legacy.fordham.edu/halsall/source/pact-umar.asp
  10. ^ The Jews of Iran in the nineteenth century [electronic resource] : aspects of history, community, and culture / by David Yeroushalmi. Leiden ; Boston : Brill, 2009.
  11. ^ T.W. Arnold, The Spread of Islam in the World
  12. ^ T.W. Arnold, The Spread of Islam in the World

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  • [1] Teks bagi salah satu versi yang diulas dan diterjemah oleh Ahmad Oulddali (2012).