Perjanjian Zaragoza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Meridian Tordesillas (berwarna jambu) 1494, dan antemeridiannya (hijau) yang ditetapkan menurut Perjanjian Zaragoza pada tahun 1529.

Perjanjian Zaragoza, (juga disebut sebagai Penyerahan Zaragoza) adalah suatu perjanjian damai antara Sepanyol dan Portugal yang masing-masing ditandatangani oleh raja João III dan Maharaja Charles V pada 22 April 1529 di kota Zaragoza, Aragon.

Perjanjian yang membataskan pengaruh kuasa-kuasa Portugis dan Sepanyol di Asia wujud sebagai suatu penyelesaian kepada "Soalan Maluku", di mana kedua-dua kerajaan ini mahu menuntut kepulauan ini hasil kandungan yang dipersetujui dalam Perjanjian Tordesillas tahun 1494. Konflik ini tercetus pada 1520, apabila jajahan keduai-dua kerajaan tersebut sampai ke Lautan Pasifik, mengingat bahwa ia tidak ditubuhkan had ke timur.

Perjanjian[sunting | sunting sumber]

Perjanjian Zaragoza menyatakan kesinambungan meridian Tordesillas di hemisfera timur iaitu sekitar 297.5 farsakh (1,763 kilometer atau 952 batu nautika)Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref> atau 17° arah timur kepulauan Maluku[1], yang diserahkan oleh Sepanyol dengan pembayaran sebanyak 350 ribu ducat emas.[2]

Melalui perjanjian ini, Portugal meraih kuasa ke atas keseluruhan daratan dan laut sebelah barat garisan ini termasuk seluruh Asia dan pulau-pulau yang "ditemui", manakala Sepanyol mendapat keseluruhan Lautan Pasifik. Kepulauan Filipina tidak disebutkan dalam perjanjian ini namun dtinggalkan kerana terletak sebelah barat garisan Tordesillas. Walau bagaimanapun, Maharaja Charles V berhasrat menakluki kepulauan tersebut pada 1542 dengan alasan tiada rempah ratus yang didapati di sana. Anakanda yang menggantikan baginda, Felipe II meneruskan usaha ayahanda dan berjaya lalu Felipe mendirikan kubu perdagangan di Manila pada 1565, tanpa sebarang bantahan daripada pihak Portugis.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Emma Helen Blair, The Philippine Islands, 1493-1803, part 3
  2. ^ "The New Cambridge Modern History, Geoffrey Rudolph Elton, Volume 2 of Reformation, 1520-1559", m/s. 632, Cambridge University Press, 1990, ISBN 0-521-34536-7
  3. ^ Tan, Samuel K. (2008). A History of the Philippines. UP Press. m/s. 51–52. ISBN 9789715425681. Dicapai 20 April 2018.