Perkampungan Orang Asli di Alor Gajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Di daerah Alor Gajah terdapat 9 perkampungan Orang Asli dengan jumlah penduduk 600 orang dan terdiri daripada 125 Ketua Isi Rumah (KIR). Kebanyakan Orang Asli di daerah Alor Gajah terdiri daripada suku kaum Temuan.

Perkampungan Orang Asli yang terdapat di Alor Gajah ialah Kampung Bukit Payung, Kampung Bukit Sebang, Kampung Bukit Putus, Kampung Machap Umboo, Kampung Machap Umboo Dalam, Kampung Tebong Stesen, Kampung Kubang Badak, Kampung Air Dusun, dan Kampung Hutan Percha.

Kampung Orang Asli ini kaya dengan pelbagai adat termasuk adat perkahwinan, perlantikan batin, adat kelahiran, adat kematian, pantang larang dan banyak lagi.

Keunikan cara hidup dan hasil kraftangan Orang Asli ini menjadi daya tarikan pelancong tempatan mahupun luar negara.