Perkataan Kadazandusun/Abada do Kadazandusun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Istilah Ābàdà adalah perkataan yang diambil daripada bahasa Kadazandusun yang mana mempunyai pengertian sebagai 'Alphabet' atau 'Aksara'. Abada adalah gabungan 3 huruf terawal dalam abjad bahasa Kadazandusun iaitu huruf A (pimato 'ah'), huruf B (pimato 'ba') dan huruf D (pimato 'da') digabungkan menjadi 'A + ba + da' [Abada] dan ditulis dalam huruf kecil. Tulisan ini juga dikenali sebagai 'Gagarit Abada Kadazandusun' yang mana bermaksud 'Tulisan Abada kadazandusun. Perkatan Abada juga boleh diterjemahkan kepada maksud sebagai ABC.

Fail:Susunanabjadusun.jpg
Susunan Abada kadazandusun
Fail:Dr Mohd Zakaria Ilyas.jpg
Dr. Mohd Zakaria Ilyas

Sejarah Abada'/susuyan do Abada'[sunting | sunting sumber]

Gagarit atau tulisan Kadazandusun ini telah dicipta oleh Mohd Zakaria Ilyas yang menetap di Kg. Togudon Lama, Ranau, Sabah dan merupakan lulusan doktor falsafah dalam bidang Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Belford di Amerika Syarikat. Kajian beliau terhadap abada [alphabet] Kadazandusun bermula apabila beliau mendalami bahasa Inggeris di Universiti Victoria, New Zealand pada tahun 1970 bersama seorang rakannya bernama Dr Othman Minuddin, kajian beliau terhadap Abada Kadazandusun sudah menjangkau 43 tahun. Beliau mendapat ilham mencipta satu tulisan untuk masyarakat kadazandusun dari cerita seorang warga Ranau yang mempunyai pengetahuan luas tentang budaya Kadazandusun iaitu OKK Sopikit Kobindong mantan penjawat Pegawai daerah mahkamah Anak Negeri daerah Ranau tahun 1970-an hingga 1980-an yang menceritakan tentang 'gagarit do dusun' (Tulisan Dusun) dan 'pongintob do Dusun' (Nombor purba Dusun). Malangnya tidak terdapat dokumen bertulis, atau bukti jelas terhadap wujudnya tulisan oleh masyarakat Dusun khususunya di Ranau. Oleh yang demikian, timbul dorongan yang kuat untuk mencipta tulisan Kadazandusun setelah mendengar penjelasan daripada OKK Sopikit Kobindong itu. Maka dengan itu, tahun 2012 adalah tahun keramat bagi seluruh rumpun Kadazandusun dari suku dusunic, Murutic dan paitanic kerana tahun tersebut merupakan tahun di mana Perkataan Kadazandusun atau 'Abada do kadazandusun' diwar-warkan kepada orang ramai sebagai perkongsian kepada orang ramai khusunya KDM yang berminat membelajari pimato (huruf) ini.

Huruf Abada[sunting | sunting sumber]

Terdapat 28 huruf tulisan dalam Kadazandusun di mana 6 daripadanya adalah pinjaman iaitu huruf e, huruf c, huruf f, huruf q dan huruf x. Boleh rujuk gambar di sebelah kanan untuk mengetahui tulisan huruf-huruf berkenaan. Semoga usaha Dr. Zakaria ini akan menjadi realiti di masa akan datang di mana kita boleh membaca tulisan-tulisan ini dalam surat khabar, buku-buku ilmiah, journal dan juga dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan menggunakan tulisan Abada. Seperti mana yang dikatakan oleh beliau iaitu "menunjukkan kepada dunia bahawa ada bangsa Dusunkadazan yang tinggal di dalamnya. Harapan saya ialah ingin melihat Tinaru Kadazandusun dikenali oleh masyarakat lain sebagai bangsa yang bijak pandai serta patriotik kepada bangsanya sendiri", Dr. Mohd Zakaria Ilyas