Perkongsian fail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perkongsian fail merujuk kepada pengedaran atau pembekalan akses media digital - seperti program komputer, multimedia, dokumen mahupun buku elektronik. Kegiatan sebegini boleh menggunakan media pakai buang, pelayan berpusat, dokumen berhiperpautan Jaringan Sejagat mahupun rangkaian rakan-ke-rakan.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Perkongsian rakan-ke-rakan (peer-to-peer / P2P)[sunting | sunting sumber]

Kaedah ini bergantung kepada infrastruktur rakan-ke-rakan dalam rangkaian. Fail yang dikongsi dalam kalangan pengguna sistem diindeks dalam pelayan direktori.

Perkongsian dan penyegerakkan fail (sync-and-share)[sunting | sunting sumber]

Kaedah ini melibatkan pengedaran fail automatis melalui pengemaskinian fail daripada direktori yang boleh didapati bersama dalam tapak web serta peranti khusus yang diakses para pengguna melalui pengkomputeran awan.