Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) merupakan persatuan penulis Muar, Johor Darul Takzim. Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) telah ditubuhkan pada tahun 1966 hasil daripada satu pertemuan penulis di daerah Muar.

Persatuan ini telah diasaskan oleh sepuluh orang terdiri daripada Allahyarham Md. Salleh Kasmin (Maskam), Mahadi Abdul, Said Tahir, Md Aris Bahaman, Kinta Said, Abu Bakar Ariffin, Md Mahir Ahmad, Saat Dahlan dan Abu Hanipah Ishak. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengumpul dan membimbing penulis-penulis muda serta mencungkil bakat-bakat terpendam dalam bidang kesusasteraan di daerah Muar khasnya.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

  • Pada 2004, Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar menganjurkan Dialog Penyair Selatan di Muar bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan pada 2004.[1]
  • Pada 25 Februari 2006, PPPBM selaku badan kerabat Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) telah menganjurkan Majlis Bicara Karya Sastera Johor di Hotel Sri Pelangi Muar, Johor. Majlis ini ialah anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusaka Kuala Lumpur dan PPPBM.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]