Perlawanan Akhir Piala Asia B-23 AFC 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PeristiwaPiala Asia B-23 AFC 2018
Selepas masa tambahan
Tarikh27 Januari 2018
TempatPusat Sukan Olimpik Changzhou, Changzhou
Permain terbaikNguyễn Quang Hải
PengadilAhmed Al-Kaf (Oman)
Kehadiran6,200
CuacaSalji lebat
% kelembapan
2016
2020

Perlawanan Akhir Piala Asia B-23 AFC 2018 adalah perlawanan bola sepak yang berlangsung pada 27 Januari 2018 di Pusat Sukan Olimpik Changzhou di Changzhou, China, untuk menentukan pemenang Kejohanan AFC B-23 2018. Perlawanan akan menjadi perlawanan akhir ke-3 Piala Asia bawah 23 tahun yang dianjurkan oleh AFC dan akan dipertandingkan oleh Vietnam dan Uzbekistan, pemenang dari separuh akhir.

Uzbekistan mengalahkan Vietnam dengan 2–1 selepas masa tambahan untuk merebut gelaran juara Piala Asia B-23 pertama mereka dalam apa yang dianggap sebagai perlawanan akhir paling menarik dan istimewa dalam sejarah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).[1][2]

Laluan ke Pentas Akhir[sunting | sunting sumber]

Nota: Dalam semua keputusan di bawah, keputusan peserta itu diberikan terlebih dahulu.

Vietnam Pusingan Uzbekistan
Tentangan Keputusan Peringkat Kumpulan Tentangan Keputusan
 Korea Selatan 1–2 Hari Perlawanan 1  Qatar 0–1
 Australia 1–0 Hari Perlawanan 2  China 1–0
 Syria 0–0 Hari Perlawanan 3  Oman 1–0
Naib Juara Kumpulan D
Pos Pasukan P Mt
1  Korea Selatan 3 7
2  Vietnam 3 4
3  Australia 3 3
4  Syria 3 2
Sumber: AFC
Kedudukan Akhir Naib Juara Kumpulan A
Pos Pasukan P Mt
1  Qatar 3 9
2  Uzbekistan 3 6
3  China 3 3
4  Oman 3 0
Sumber: AFC
Tentangan Keputusan Peringkat kalah mati Tentangan Keputusan
 Iraq 3–3 (s.m.t.) (5–3 pen.) Suku Akhir  Jepun 4–0
 Qatar 2–2 (s.m.t.) (4–3 pen.) Separuh Akhir  Korea Selatan 4–1 (s.m.t.)

Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Vietnam 1 – 2 (s.m.t.) Uzbekistan
Nguyễn Quang Hải Goal 41' Laporan Rustam Ashurmatov Goal 8'
Andrey Sidorov Goal 120'


Vietnam
Uzbekistan
GK 1 Bùi Tiến Dũng I
DF 2 Phạm Xuân Mạnh
DF 4 Bùi Tiến Dũng II
DF 11 Đỗ Duy Mạnh Diberi kad kuning selepas 111 minit 111'
DF 21 Trần Đình Trọng
DF 17 Vũ Văn Thanh
MF 6 Lương Xuân Trường (c)
MF 8 Phạm Đức Huy Dikeluarkan selepas 58 minit 58'
MF 14 Phan Văn Đức Dikeluarkan selepas 109 minit 109'
FW 19 Nguyễn Quang Hải
FW 10 Nguyễn Công Phượng Dikeluarkan selepas 80 minit 80'
Pertukaran:
DF 20 Bùi Tiến Dụng Diberi kad kuning selepas 101 minit 101' Dimasukkan selepas 80 minit 80'
MF 7 Nguyễn Phong Hồng Duy Dimasukkan selepas 109 minit 109'
FW 13 Hà Đức Chinh Dimasukkan selepas 58 minit 58'
Pengurus:
Korea Selatan Park Hang-seo
GK 1 Botirali Ergashev
DF 2 Rustamjon Ashurmatov
DF 4 Akramjon Komilov
DF 5 Abbosjon Otakhonov Dikeluarkan selepas 103 minit 103'
DF 20 Dostonbek Tursunov Diberi kad kuning selepas 111 minit 111'
MF 6 Azizjon Ganiev
MF 7 Odiljon Hamrobekov Diberi kad kuning selepas 35 minit 35'
MF 8 Jasurbek Yakhshiboev Diberi kad kuning selepas 10 minit 10' Dikeluarkan selepas 45 minit 45'
MF 17 Dostonbek Khamdamov
MF 10 Javokhir Sidikov Diberi kad kuning selepas 121 minit 121' Dikeluarkan selepas 118 minit 118'
FW 9 Zabikhillo Urinboev
Pertukaran:
MF 16 Doniyorjon Narzullaev Dimasukkan selepas 45 minit 45'
FW 22 Bobir Abdixolikov Dimasukkan selepas 103 minit 103'
FW 11 Andrey Sidorov Dimasukkan selepas 118 minit 118'
Pengurus:
Ravshan Khaydarov

Peraturan perlawanan:

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Masalah pengadil[sunting | sunting sumber]

Sebelum perlawanan akhir, AFC telah menugaskan pengadil dari China Ma Ning untuk mengadili perlawanan akhir. Namun, hanya beberapa jam sebelum perlawanan, posisi tersebut diberikan kepada pengadil dari Oman Ahmed Al-Kaf yang menggantikan Ma Ning.[3] AFC tidak menjelaskan alasan mereka di sebalik keputusannya, namun ia dipercayai berasal dari perselisihan antara pegawai tuan rumah dan AFC mengenai pengadil. Al-Kaf sendiri juga pernah menjadi pengadil dalam beberapa perlawanan Liga Juara-Juara AFC sebelumnya.[3]

Keadaan bersalji[sunting | sunting sumber]

Perlawanan ini dimainkan dalam salji lebat, di bawah –2°C, yang relatif sangat sejuk, dan telah disarankan agar perlawanan ditunda kerana salji masih lagi turun dengan lebat.[4] Namun, AFC menolak permintaan itu dan memerintahkan perlawanan itu diteruskan. Setelah tamat separuh masa pertama, AFC meminta agar salji dibersihkan dari kawasan padang, dan mengambil masa lebih kurang tiga puluh minit hingga satu jam sehingga perlawanan dapat dilanjutkan.[5] Ia dikritik setelah tamat perlawanan, baik oleh penyokong Uzbekistan mahupun Vietnam, kerana kedua-dua pasukan tidak terbiasa bermain dalam keadaan cuaca yang begitu sejuk.[6]

Warna pakaian pasukan Uzbekistan[sunting | sunting sumber]

Pada separuh masa pertama, Uzbekistan diizinkan oleh AFC untuk memakai serba putih, walaupun ribut salji masih lebat di seluruh bandar. Oleh kerana itu, bukan sahaja pemain Vietnam, malah pemain Uzbekistan juga sukar mencari dan melihat pemain mereka sendiri di padang.[1] Untuk menyelesaikan masalah itu, pemain Uzbekistan telah bertukar pakaian menjadi warna biru pada separuh masa kedua perlawanan.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Paul Murphy (27 January 2018). "Vietnam suffer extra-time defeat to Uzbekistan in AFC U23 final". ESPN. Dicapai pada 1 September 2018.
  2. ^ "Brave Vietnam sunk by late goal in snow-hit final". The New Paper. 27 January 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  3. ^ a b Kiên Lê (30 January 2018). "Lộ lý do AFC loại Ma Ning, chọn trọng tài Oman bắt trận chung kết". Thể Thao 24h. Dicapai pada 1 September 2018.
  4. ^ Ha Do (27 January 2018). "Heavy snow threatens to delay Vietnam vs Uzbekistan U23 Asian Cup final". VnExpress. Dicapai pada 1 September 2018.
  5. ^ Thanh Phong (27 January 2018). "Thua U23 Uzbekistan phút chót, U23 Việt Nam giành ngôi Á quân" (dalam bahasa Vietnamese). Goal.com. Dicapai pada 1 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Tiệp Nguyễn (28 January 2018). "Fan quốc tế khâm phục Việt Nam sau trận chung kết AFC U23" (dalam bahasa Vietnamese). Việt Times. Dicapai pada 1 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Viễn Đông (27 January 2018). "Chung kết U23 Việt Nam – Uzbekistan" (dalam bahasa Vietnamese). Voice of America. Dicapai pada 1 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.