Perlembagaan Tahun III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perlembagaan Tahun III
Constitution 1795.jpg
Perlembagaan Tahun III (1795).
Tajuk asal(Perancis) Constitution de l'an III
Disahkan1795
Dimansuhkan1799
sunting · di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini

Perlembagaan Tahun III (bahasa Perancis: Constitution du 5 fructidor an III) adalah perlembagaan yang mengasaskan pemerintahan Direktori. Diadaptasi oleh ahli-ahli Konvensyen Kebangsaan di Paris pada 5 Fructidor Tahun III (22 Ogos 1795) mengikut tarikh takwim Republik Perancis, dan diluluskan oleh punguntan suara pada 6 September. Mukadimahnya adalah Pengisytiharan Hak dan Kewajipan Manusia dan Warga 1795.

Ia kekal berkuatkuasa sehingga rampasan kuasa 18 Brumaire (9 November 1799) yang dengan mutlaknya mengakhiri Revolusi Perancis dan memulakan penguasaan Napoleon Bonaparte. Ia lebih konservatif daripada Perlembagaan Perancis yang demokratik abortif 1793. Perlembagaan Tahun III menubuhkan sebuah republik liberal dengan francais berdasarkan pembayaran cukai, sama dengan Perlembagaan Perancis 1791; sebuah badan legislatif bikameral, (Majlis Kuno, dan Majlis Lima Ratus) untuk melambatkan proses perundangan; dan kekuasaan lima orang direktori. Kerajaan pusat mengekalkan kuasa besar, termasuk kuasa kecemasan untuk membendung kebebasan akhbar dan kebebasan persatuan. Perisytiharan Hak dan Kewajipan Manusia pada permulaan perlembagaan termasuk pengharaman serta merta terhadap perhambaan. Ia digantikan oleh Perlembagaan Tahun VIII, yang menubuhkan pemerintahan berlandaskan Konsulat.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Teks Perlembagaan Tahun III (dalam bahasa Inggeris)