Perlumbaan senjata evolusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perlumbaan senjata evolusioner)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Dalam biologi evolusi, perlumbaan senjata evolusi ialah persaingan evolusi antara sekumpulan gen yang saling mengembangkan adaptasi terhadap satu sama lain, sehingga kelihatan seperti perlumbaan senjata.[1] Sekumpulan gen yang saling bersaing tersebut boleh berada dalam spesies yang berbeza, seperti misalnya antara pemangsa dan buruannya (Vermeij, 1987), atau antara parasit dan inangnya. Perlumbaan senjata evolusi juga dapat terjadi antara anggota sesama spesies, seperti dalam model komunikasi manipulasi/pertahanan (Dawkins & Krebs, 1979), dalam model pelarian Fisher, dalam kesan Ratu Merah, atau dalam konflik seksual antara kedua jenis jantina. Thierry Lodé menekankan peranan interaksi antagonistik semacam itu dalam mengarahkan evolusi ke pemindahan karakter.[2]

Salah satu contoh perlumbaan senjata evolusi ialah antara manusia dan mikroorganisme: penyelidik membuat antibiotik, sementara mikroorganisme berevolusi menjadi galur baru yang imun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dawkins, R. 1996. The Blind Watchmaker New York: W. W. Norton.
  2. ^ Thierry Lodé "La guerre des sexes chez les animaux" Eds Odile Jacob, Paris ISBN 2-7381-1901-8;