Permainan video pendidikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Permainan video pendidikan ialah suatu permainan video yang memberi nilai pembelajaran atau latihan kepada pemain.

Terdapat juga permainan peperangan strategi tertentu yang menyertakan rujukan sejarah, seperti francais Total War atau trilogi Age of Empires dan ensiklopedia dalam permainan Civilization. Banyak permainan dibangunkan dan diterbitkan sejak pertengahan 1990-an dan disasarkan terutamanya kepada pendidikan kanak-kanak kecil di rumah. Pada September 1983, Boston Phoenix melaporkan bahawa permainan pendidikan merupakan fokus baru untuk syarikat-syarikat selepas akhir pertumbuhan pasaran perisian Atari 2600.[1] Permainan sebegini memberi struktur semasa penyelesaian masalah. Pelbagai jenis kanak-kanak berkembang semasa pembelajaran secara pemainan. Permainan video pendidikan membantu pelajar dari segi perkembangan pemahaman pembacaan dan kemahiran berfikir. Salah 1 batasan permainan video pendidikan ialah mereka tidak melingkungi pemainanan secara spontan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mitchell, Peter W. (1983-09-06). "A summer-CES report". Boston Phoenix. m/s. 4. Dicapai pada 10 January 2015.