Permainan video seram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kasteroids.svg
Sebahagian siri daripada:
Permainan video aksi

Permainan video seram atau survival horror ialah subgenre untuk permainan video aksi-pengembaraan diilhamkan oleh fiksyen seram. Permainan ini membuatkan pemain lebih terdedah dengan bahaya dengan menyediakan sedikit peluru (ammunition) dan sedikit jenis senjata berat berbanding dengan permainan aksi yang lain. Walaupun pertempuran boleh menjadi sebahagian daripada permainan, pemain berasa kurang berkuasa disebabkan beberapa faktor seperti peluru, nyawa dan kelajuan yang terhad. Pemain juga dicabar untuk mencari barang yang membuka jalan ke kawasan baru, dan menyelesaikan puzzle di beberapa lokasi. Permainan menekankan tema seram, dan pemain selalunya dicabar untuk menjelajah persekitaran umpama maze gelap, dan bertindak balas dengan serangan mengejut musuh.