Permaisuri Camilla
Camilla | |
---|---|
Permaisuri United Kingdom dan 14 Negara-negara Alam Komanwel | |
Tempoh | 8 September 2022 – kini |
Kemahkotaan | 6 Mei 2023 |
Didahului oleh | Permaisuri Elizabeth Bowes-Lyon |
Keputeraan | Camilla Rosemary Shand 17 Julai 1947 Hospital King's College, London, United Kingdom |
Pasangan |
|
Anakanda |
|
Kerabat | Windsor (melalui perkahwinan) |
Ayahanda | Bruce Shand |
Bonda | Rosalind Cubitt |
Pendidikan |
|
Tandatangan | |
![]() | |
Camilla, GCVO, CSM, PC (lahir Camilla Rosemary Shand, 17 Julai 1947 sebelumnya Parker Bowles) ialah Permaisuri United Kingdom dan 14 Negara-negara Alam Komanwel serta isteri perkahwinan kedua kepada Raja Charles III, Raja United Kingdom dan 14 Negara-negara Alam Komanwel. Selepas berkahwin beliau layak digelarkan sebagai Puteri Wales,akan tetapi demi menghormati gelaran tersebut yang sangat sinonim dan berkait rapat dengan mendiang Diana, Puteri Wales beliau memilih untuk tidak menggunakan gelaran tersebut. Sebaliknya menggunakan gelaran Duchess of Cornwall, gelaran kedua tertinggi suaminya ketika menjadi Putera Wales. Di Scotland, Camilla dikenali sebagai Duchess of Rothesay. Sekiranya Charles menaiki takhta kerajaan United Kingdom, Camilla akan menjadi seorang Permaisuri Damping; walau bagaimanapun, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat rasmi Clarence House pada hari perkahwinannya dengan Charles mengumumkan bahawa Camilla hanya akan dikenali sebagai Puteri Damping (Suri/Isteri kepada Raja) atau Princess Consort. Walau bagaimanapun, pada awal tahun 2022 ketika majlis rasmi sambutan Jubli Platinum bersempena ulang tahun ke-70 Ratu Elizabeth II sebagai Ratu dan Pemerintah United Kingdom, Ratu Elizabeth II menyatakan beliau mahu menantunya Camilla, Duchess of Cornwall, digelarkan sebagai Permaisuri apabila Putera Charles menaiki takhta menjadi Raja. Ratu Elizabeth II berkata ia adalah "keinginan ikhlas" beliau untuk Camilla mendapat gelaran itu.
Camilla ialah anak sulung Mejar Bruce Shand dan isterinya Rosalind Cubitt, anak perempuan Roland Cubitt, Baron Ashcombe ke-3. Camilla dibesarkan di Timur Sussex dan Selatan Kensington, dan didik di England, Switzerland dan Perancis. Camilla bekerja untuk firma yang berlainan di Central London, terutamanya firma yang menghias Sibyl Colefax & John Fowler. Pada tahun 1973, Camilla berkahwin dengan pegawai tentera British, Andrew Parker Bowles, dan melahirkan dua anak. Mereka bercerai pada tahun 1995.
Camilla menjalinkan hubungan dengan Charles,Putera Wales sebelum, semasa dan selepas perkahwinan mereka. Hubungan ini menjadi mendapat publisiti di media dan menarik perhatian di seluruh dunia.[1] Pada tahun 2005, ia memuncak dalam perkahwinan sivil di Windsor Guildhall, yang diikuti oleh berkat Anglikan oleh Uskup Agung Canterbury, Rowan Williams, di Gereja Kecil St George, Istana Windsor.
Sebagai Duchess of Cornwall, Camilla membantu Putera Wales untuk setiap tugasan rasminya. Camilla juga adalah penaung, presiden dan ahli jawatankuasa badan-badan organisasi. Sejak 1994, Camilla telah mengambil tindakan terhadap osteoporosis, memperoleh penghormatan dan penghargaan. Camilla juga telah membangkitkan kesedaran dalam bidang-bidang termasuk kes rogol dan penderaan seksual, celik huruf dan kemiskinan, yang mana telah dipuji.[2][3]
Perkahwinan dengan Putera Charles[sunting | sunting sumber]
Putera Charles dan Camilla berkahwin pada 9 April 2005, dan mula diberi gelaran Duli Yang Teramat Mulia Duchess of Cornwall. Apabila pertunangan mereka diumumkan, ia juga mengatakan bahawa Camilla tidak akan dikenali sebagai Puteri Wales. Hal ini demikian kerana isteri perkahwinan pertama Putera Charles, Diana, Puteri Wales, memegang gelaran itu dari tahun 1981 sehingga kematiannya pada 1997 dan impak dengan gelaran itu sangat besar dan berkait rapat dengan hidup Diana, Puteri Wales.[4] Hubungan antara Camilla dan Putera Charles bermula ketika mereka bertemu pada pertandingan polo pada 1970.[5] Camilla dilihat sebagai padanan yang tidak sesuai untuk seseorang yang bakal menjadi raja memandangkan beliau merupakan bekas janda.[6]
Camilla kini banyak membuat lawatan rasmi, kebanyakannya di Great Britain bersama dengan Putera Charles, tetapi ada kalanya beliau membuat lawatan rasmi secara bersendirian. Camilla tinggal di Clarence House, yang merupakan salah satu kediaman yang terdapat di Istana St James,London (sangat berdekatan dengan Istana Buckingham). Beliau tinggal di sana dengan Putera Charles dan anak-anaknya, William, Putera Wales dan Putera Harry, Duke of Sussex.
Gelaran[sunting | sunting sumber]
- 17 Julai 1947 - 4 Julai 1973: Cik Camilla Rosemary Shand
- 4 Julai 1973 - 19 April 1995: Puan Andrew Parker Bowles
- 19 April 1995 - 9 April 2005: Puan Camilla Parker Bowles
- 9 April 2005 - 8 September 2022: Duli Yang Teramat Mulia Duchess of Cornwall
- di Scotland: 9 April 2005 - 8 September 2022: Duli Yang Teramat Mulia Duchess of Rothesay
- 8 September 2022 - kini: Duli Yang Maha Mulia Permaisuri United Kingdom dan 14 Negara-negara Alam Komanwel
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Charles and Camilla: Portrait of a Love Affair oleh ahli biografi Gyles Brandreth menggambarkan hubungan Charles dan Camilla sebagai kontroversi kerana panjang umurnya dan sepanjang buku ini menunjukkan minat dan perwakilan media kepada awam.
- ^ Johnston, Morgan (19 November 2012). "Camilla: the woman behind the image". New Zealand Woman's Weekly. Dicapai pada 7 August 2015.
- ^ "Camilla: The relaxed and friendly face of the monarchy". Belfast Telegraph. 28 March 2015. Dicapai pada 7 August 2015.
- ^ The Duchess of Cornwall
- ^ Jackson, Ben (11 March 2009). "Camilla's clinch for Charles' first love". The Sun. Dicapai pada 6 August 2012.[pautan mati kekal]
- ^ Edwards, Anne (2001). Ever After: Diana and the Life She Led. St. Martin's Paperbacks. m/s. 85–86. ISBN 978-0312978730.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Duchess Cornwall di laman web rasmi Keluarga Diraja
- Profil Duchess Cornwall Diarkibkan 2006-12-16 di Wayback Machine di laman web rasmi Putera Wales
- Profil Duchess Cornwall di Pejabat Duchy Cornwall
- Sesi khas untuk perkahwinan Camilla dan Putera Charles BBC News
- Camilla, Duchess of Cornwall di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)