Permasalahan Yahudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan lain, sila lihat Permasalahan Yahudi (nyahkekaburan).

Permasalahan bangsa Yahudi ialah nama yang diberi kepada perbahasan yang meluas dalam masyarakat Eropah yang berkaitan dengan status berkenaan dan layanan Orang Yahudi dalam masyarakat. Perbahasan itu adalah sama dengan "permasalahan negara" yang lain dan berurusan dengan sivil, undang-undang, negara dan status politik Yahudi selaku golongan minoriti didalam masyarakat, terutamanya di Eropah pada abad ke-18 dan ke-19.

Perbahasan bermula dalam masyarakat, ahli politik dan para penulis di Barat dan Eropah Tengah yang dipengaruhi oleh Zaman Kesedaran dan cita-cita Revolusi Perancis. Isu-isunya termasuklah undang-undang dan ekonomi ketakupayaan orang Yahudi (seperti Kuota orang Yahudi dan pengasingan), asimilasi Yahudi, pembebasan Yahudi dan kesedaran Yahudi.

Ungkapan ini telah digunakan oleh gerakan antisemitik dari tahun 1880an keatas, memuncak dalam frasa Nazi "iaitu Penyelesaian Terakhir bagi Permasalahan Yahudi". Begitu juga, ungkapan tersebut telah digunakan oleh penyokong dan penentang penubuhan sebuah tanahair untuk orang Yahudi berautonomi atau sebuah negara Yahudi yang berdaulat.

Penyelesaian Terakhir[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Penyelesaian Terakhir

Di Jerman Nazi, istilah Permasalahan Yahudi (dalam Bahasa Jerman: Judenfrage) disebut dalam erti kata kewujudan orang Yahudi di Jerman menjadi masalah bagi negara ini. Pada tahun 1933 dua orang ahli teori Nazi, Johann von Leers dan Achim Gercke, mencadangkan bahawa Permasalahan Yahudi boleh diselesaikan dengan menempatkan semula orang Yahudi di Madagascar atau di tempat lain di Afrika atau Amerika Selatan. Kedua-dua intelektual ini juga membincangkan kebaikan dan keburukan menyokong Zionis Jerman, tetapi von Leers menegaskan bahawa penubuhan sebuah tanahair kaum Yahudi di Palestin British akan mewujudkan masalah kemanusiaan dan politik di kawasan tersebut.[1] Setelah berkuasa pada tahun 1933, Hitler dan negara Nazi mula melaksanakan langkah-langkah yang semakin teruk bertujuan untuk mengasingkan dan pada dasarnya mengeluarkan orang Yahudi daripada Jerman dan (akhirnya) seluruh Eropah.[2] Peringkat seterusnya ialah penindasan terhadap orang Yahudi dan melucutkan kewarganegaraan Yahudi melalui Undang-Undang Nuremberg.[3][4] Kemudian, semasa Perang Dunia II, ia menjadi negara yang menaja penahanan dalam kem tahanan[5] dan akhirnya, penghapusan bersistematik orang Yahudi (Holokus),[6] yang dikenali sebagai Penyelesaian Terakhir bagi Permasalahan Yahudi.[7][8][9]

Propaganda[sunting | sunting sumber]

Propaganda Nazi telah dihasilkan untuk memanipulasi orang ramai, terutamanya berdasarkan tulisan-tulisan daripada orang seperti Eugen Fischer, Fritz Lenz dan Erwin Baur didalam buku Foundations of Human Heredity Teaching and Racial Hygiene. Dan dalam buku Die Freigabe der Vernichtung lebensunwerten Lebens ("Allowing the Destruction of Life Unworthy of Living") oleh Karl Binding dan Alfred Hoche atau dalam biasiswa pseudo yang dicipta oleh Gerhard Kittel.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Lucien Wolf, Notes on the Diplomatic History of the Jewish Question, Jewish Historical Society of England (1919)

Elisabeth Roudinesco, Returning to the Jewish Question, London, Polity Press, December 2013, p. 280

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dr. Achim Gercke. "Solving the Jewish Question". 
  2. ^ David M. Crowe. The Holocaust: Roots, History, and Aftermath. Westview Press, 2008.
  3. ^ Adolf Hitler; Wilhelm Frick; Franz Gürtner; Rudolf Hess (1935-09-15). "Nuremberg Law for the Protection of German Blood and German Honor". Dicapai pada 2008-03-25. 
  4. ^ Adolf Hitler; Wilhelm Frick (1935-09-15). "Reich Citizenship Law". Dicapai pada 2008-03-25. 
  5. ^ Doris Bergen (2004–2005). "Germany and the Camp System". Auschwitz: Inside the Nazi State. Community Television of Southern California. Dicapai pada 2008-03-25. 
  6. ^ Niewyk, Donald L. The Columbia Guide to the Holocaust, Columbia University Press, 2000, p.45: "The Holocaust is commonly defined as the murder of more than 5,000,000 Jews by the Germans in World War II." Also see "The Holocaust," Encyclopædia Britannica, 2007: "the systematic state-sponsored killing of six million Jewish men, women and children, and millions of others, by Nazi Germany and its collaborators during World War II. The Germans called this "the final solution to the Jewish question."
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ah tidak disediakan
  8. ^ Gord McFee (1999-01-02). "When did Hitler decide on the Final Solution?". The Holocaust History Project. Dicapai pada 2008-03-25. 
  9. ^ For some extra depth, the interested reader might read Wannsee Conference as well.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]