Rabung tengah lautan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Permatang tengah laut)
Mid-oceanic ridge, including a black smoker

Rabung tengah lautan atau permatang tengah lautan adalah satu sistem gunung bawah laut yang dibentuk oleh tektonik plat. Ia terdiri daripada pelbagai gunung dihubungkan dalam rantaian, biasanya mempunyai lembah melebar hasil perengkahan berjalan sepanjang tulang belakangnya. Rabung gunung jenis lautan ini adalah ciri-ciri apa yang dikenali sebagai pusat rebakan lautan, yang bertanggungjawab untuk perebakan dasar laut. Penghasilan baru dasar laut hasil daripada lonjakan mantel sebagai tindak balas kepada perebakan plat; lonjakan bahan mantel pepejal isentropi ini akhirnya melebihi solidus dan mencair. Cairan naik sebagai magma di kelemahan linear dalam kerak lautan, dan muncul sebagai lava, mewujudkan kerak baru setelah penyejukan. Rabung pertengahan lautan merupakan sempadan di antara kedua-dua plat tektonik, dan seterusnya yang dipanggil sebagai sempadan keping mencapah.

Adalah dianggarkan bahawa 20 letusan gunung berapiberlaku setiap tahun di sepanjang rabung tengah lautan bumi dan bahawa setiap tahun 2.5 km2 (0.97 bt2) dasar laut baru dibentuk oleh proses ini. Dengan ketebalan kerak 1 hingga 2 km (0.62 hingga 1.24 bt), ini lebih kurang 4 km3 (0.96 bt3) kerak lautan baru terbentuk setiap tahun.

Senarai rabung lautan[sunting | sunting sumber]

Senarai rabung lautan purba[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]