Permintaan (ekonomi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian


Di dalam ekonomi, permintaan adalah kehendak untuk memiliki apa sahaja, kebolehan untuk membayarnya, dan kesanggupan untuk membayar [1] (lihat juga bekalan dan permintaan). Istilah permintaan menandakan kebolehan atau kesanggupan untuk membeli suatu komoditi tertentu pada suatu masa yang diberi.

Hukum permintaan menyatakan bahawa kuantiti diminta sesuatu barangan atau perkhidmatan mempunya hubungan yang songsang (negatif) dengan harga. Semakin tinggi harga sesuatu barangan dan perkhidmatan semakin sedikit kuantiti yang diminta dan semakin rendah harga barangan dan perkhidmatan semakin tinggi kuantiti barangan dan perkhidmatan yang diminta (ceteris paribus).

Sebab Keluk Permintaan Bercerun Negatif[sunting | sunting sumber]

Keluk Permintaan (Demand Curve)

1. Kesan Penggantian[sunting | sunting sumber]

Berlaku apabila pengguna menggantikan penggunaan barangan dan perkhidmatan yang lebih mahal dengan barangan dan perkhidmatan yang secara relatif lebih murah. Kenaikan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan akan mendorong pengguna memilih alternatif (barang pengganti) yang secara relatif lebih murah. Manakala kejatuhan harga sesuatu barangan dan perkhidmatan akan mendorong pengguna memilih barangan tersebut berbanding alternatif lain yang secara relatif lebih mahal.

2. Kesan Pendapatan Benar[sunting | sunting sumber]

Perubahan harga menyebabkan perubahan dalam kuasa beli pengguna. Kenaikan harga menyebabkan kejatuhan kuasa beli pengguna. Kenaikan harga menyebabkan pendapatan benar (real income) pengguna berkurang menyebabkan kemampuan membeli sejumlah barangan atau perkhidmatan berkurang. Penurunan harga pula menyebabkan kenaikan dalam pendapatan benar dan kenaikan dalam kemampuan membeli sejumlah barangan dan perkhidmatan.

3. Hukum Utiliti Sut Berkurang[sunting | sunting sumber]

Tambahan kepuasan yang diperoleh daripada tambahan satu unit barang yang digunakan adalah semakin berkurangan. Ini bermakna  semakin banyak sesuatu barangan dan perkhidmatan semakin rendah harga yang sanggup dibayar pengguna.

Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan[sunting | sunting sumber]

Imej menunjukkan peralihan ke kanan keluk permintaan.
Peralihan Keluk Permintaan (Shift of The Demand Curve)

Harga sesuatu barangan dan perkhidmatan mempengaruhi kuantiti diminta sesuatu barangan dan perkhidmatan. Perubahan ini digambarkan dengan pergerakan sepanjang keluk permintaan. Namun keluk permintaan boleh beralih ke kiri atau ke kanan disebabkan perubahan dalam permintaan yang dipengaruhi berberapa faktor. Peningkatan permintaan ditunjukkan dengan peralihan ke kanan keluk permintaan manakala pengurangan permintaan ditunjukkan dengan peralihan ke kiri. Peralihan keluk permintaan akan menunjukkan perubahan dalam kuantiti diminta pada tingkat harga yang sama (lihat rajah di sebelah).

Faktor yang mengalihkan keluk permintaan adalah:

1. Harga Barang Lain[sunting | sunting sumber]

Barang lain terdiri daripada:

Barang Pengganti[sunting | sunting sumber]

Barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain (cth: getah tiruan merupakan barang pengganti bagi getah asli). Penurunan harga barang pengganti sesuatu barangan menyebabkan permintaan barangan tersebut berkurang. Walaupun harga barangan tersebut tidak berubah penurunan harga barang pengganti menjadikan ianya relatif lebih mahal. Keluk permintaan akan beralih ke kiri. Pada tingkat harga yang sama kuantiti diminta barangan tersebut akan berkurang. (Harga barang pengganti sesuatu barangan berhubungan positif dengan kuantiti diminta barangan tersebut)

Barang Penggenap[sunting | sunting sumber]

Barang yang digunakan bersama dengan barang lain (cth: petrol merupakan penggenap kepada kereta). Penurunan harga barang penggenap menyebabkan kenaikan dalam permintaan sesuatu barang. Walaupun harga barangan tersebut tidak berubah namun kos penggunaan barangan tersebut berkurang. Keluk permintaan akan beralih ke kanan. Pada tingkat harga yang sama kuantiti diminta barangan tersebut akan meningkat. (Harga barang pengganti sesuatu barangan berhubungan negatif dengan kuantiti diminta barangan tersebut).

2. Pendapatan[sunting | sunting sumber]

Perubahan pendapatan mempunyai kesan berbeza kepada jenis barangan (barang normal dan barang bawahan).

Barang Normal[sunting | sunting sumber]

Pendapatan mempunyai hubungan positif dengan permintaan barang normal. Peningkatan pendapatan meningkatkan permintaan barang normal (keluk permintaan beralih ke kanan) dan penurunan pendapatan mengurangkan permintaan barang normal (keluk permintaan beralih ke kiri).

Barang Bawahan (Barang Giffen)[sunting | sunting sumber]

Pendapatan mempunyai hubungan negatif dengan permintaan barang bawahan. Peningkatan pendapatan mengurangkan permintaan barangan bawahan (keluk permintaan beralih ke kiri) dan penurunan pendapatan meningkatkan permintaan barang bawahan (keluk permintaan beralih ke kanan).

3. Cita Rasa[sunting | sunting sumber]

Perubahan cita rasa mempengaruhi permintaan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Peningkatan minat terhadap sesuatu barangan meningkatkan permintaan barangan tersebut (keluk permintaan beralih ke kanan) dan penurunan minat mengurangkan permintaan barang tersebut (keluk permintaan beralih ke kiri).

4. Saiz dan Struktur Penduduk[sunting | sunting sumber]

Perubahan cita rasa mempengaruhi permintaan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Penigkatan minat terhadap sesuatu barangan meningkatkan permintaan barangan tersebut (keluk permintaan beralih ke kanan) dan penurunan minat mengurangkan permintaan barang tersebut (keluk permintaan beralih ke kiri).

5. Jangkaan Masa Hadapan[sunting | sunting sumber]

Jika pengguna menjangkakan harga sesuatu barangan akan naik pada masa hadapan permintaan masa kini akan meningkat (keluk permintaan beralih ke kanan). Jika pengguna menjangkakan  harga sesuatu barangan akan turun pada masa hadapan permintaan masa kini akan berkurang (keluk permintaan beralih ke kiri).

6. Kemudahan Kredit[sunting | sunting sumber]

Kemudahan kredit seperti pembayaran jangka panjang, kadar faedah yang rendah dan syarat pinjaman yang longgar akan meningkat permintaan bagi barangan tahan lama seperti rumah dan kereta.

7. Dasar Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Dasar kerajaan seperti cukai dan subsidi mempengaruhi permintaan, cth: pemberian subsidi bagi kereta keluaran tempatan meningkatkan permintaan.

8. Musim[sunting | sunting sumber]

Sesetengah permintaan barangan dipengaruhi oleh musim, cth: musim perayaan meningkatkan permintaan tiket bas, kapal terbang dan sebagainya.

Notakaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sullivan, Arthur (2003). Economics: Principles in action. Upper Saddle River, New Jersey 07458: Pearson Prentice Hall. m/s. 79. ISBN 0-13-063085-3. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: location (link)