Pernim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pernim adalah ringkasan kepada Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Mac 2004.

Persatuan ini merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin turut serta membantu kerajaan negara ini memikul tanggungjawab dalam membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama kepada kanak-kanak yang terbiar dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara pembawa HIV positif.

Penubuhan Pernim diharap dapat memperbetulkan persepsi dan sikap prejudis masyarakat terhadap mereka yang menghidap HIV, kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa juga.

Pernim antara lain bertujuan memberi perlindungan kepada anak-anak pesakit HIV/AIDS positif terutama daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia, memberikan perlindungan, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.

Penubuhan Pernim dicetuskan atas dasar kesedaran dan keinsafan terhadap anak-anak mangsa HIV yang tidak berdosa akibat perbuatan silam ibu dan bapa kandung mereka. Kanak-kanak ini memerlukan perlindungan daripada masyarakat.

Alamat surat-menyurat[sunting | sunting sumber]

Pernim,
Lot 46, Jln 47.Bukit C
Kampung Cheras Baru,
56100 Kuala Lumpur.