Perodua Alza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perodua Alza
Perodua Alza in Penang.JPG
Maklumat
PengilangPerodua
Pengeluaran2009-kini
PemasanganMalaysia
KelasKenderaan pelbagai guna kompak
Reka letakTatarajah FF
Enjin1.5L 3SZ-VE l4
Penghantaran5-kelajuan manual
4-kelajuan automatik
BerkaitToyota Passo Sette
Daihatsu Boon Luminas

Perodua Alza atau No Signal merupakan MPV kompak dihasilkan oleh Perodua. Perodua menekankan Alza menjadi kereta pilihan bagi keluarga muda dengan anak-anak. Hal ini diadaptasi daripada Daihatsu Boon Luminas dan Toyota Passo Sette, melainkan menggunakan de-tuned 1.5 liter Toyota Avanza dan Daihatsu Terios nama enjin. Alza berasal dari perkataan Sepanyol yang bermaksud 'bangkit'.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

5MT 4AT
Enjin
Jenis enjin 3SZ-VE
Mekanisma injap DOHC, 16V(4 injap pada setiap silinder) dengan DVVT
Jumlah sesaran 1495cc
Lubang/Lejang 72.0 mm × 91.8 mm (2.83 in × 3.61 in)
Kadar pemampatan 10
Keluaran kuasa maksima 76kW (104PS) @6000rpm
Tork maksima 136Nm (13.9kg.m) @4400rpm
Sistem bahan api EFI
Muatan bahan api 42 liter
Dimensi & Berat
Keseluruhan panjang/ lebar/ tinggi (mm) 4205 x 1695 x 1620
Dalaman panjang/ lebar/ tinggi (mm) 2540 x 1415 x 1310
Dasar roda(mm) 2750
Berat bebendul (kg) 1120/1130 1140/1150
Muatan penumpang 7

Perodua Alza merupakan MPV yang paling jimat penggunaan bahan api setakat ini berbanding dengan MPV model lain. Ianya juga sesuai digunakan seharian kerana saiznya yang tidak begitu besar. walau bagaimanapun Perodua Alza masih sesuai untuk perjalanan jarak jauh kerana keselesaan tempat duduknya. Walaupun menggunakan enjin berkapasiti 1.5 liter Perodua Alza masih mampu membawa penumpang yang ramai berbanding model MPV yang lain.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]