Perpustakaan Digital Negara Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pintu masuk perpustakaan

Perpustakaan Digital Negara Korea terletak di Banpo-ro, Seocho-gu, Seoul. Ia juga dikenali sebagai "dibrary" (Hangul: 디브러리), iaitu gabungan "digital" dan "library." Ia dibuka pada Mei 2009 selepas tujuh tahun pembinaan.[1] Kemudahan-kemudahannya membenarkan akses kepada lebih 800 buah perpustakaan dan institusi lain di dunia,[2] termasuk dari Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat dengan jumlah melebih 264 juta kandungan.[3]

Studio TV dan studio kandungan yang dicipta oleh pengguna atau user-created content (UCC) mengandungi kemudahan kamera dan pencahayaan, yang membenarkan pengguna menghasilkan, mengedit dan menayangkan imej dan bunyi UCC mereka.[1] Akses juga terbuka kepada orang luar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Massive digital library opens in Korea". Korean Culture and Information Service (KOIS).
  2. ^ "National Digital Library to Open Next Week". Korea International Broadcasting Foundation.
  3. ^ Kim, Tae-ick (2009). "National Digital Library Opens New Doors". Chosun Ilbo.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]