Perpustakaan Dr. Abdul Latiff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perpustakaan Dr Abdul Latiff)
Perpustakaan Dr. Abdul Latiff
Maklumat umum
JenisPerpustakaan akademik
Ditubuhkan1974
No. telefon603-92897475
Perangkaan
Kakitangan16
LokasiPerpustakaan Dr. Abdul Latiff, Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur
CawanganKampus Kuala Lumpur
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff UKM (PDAL) telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk memberi perkhidmatan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Fakulti Sains Kesihatan (1991), Fakulti Pergigian (1996) dan Fakulti Farmasi (2008). Perpustakaan ini dikenali dengan nama Perpustakaan Perubatan sejak ia mula ditubuhkan dan mulai 25 November 2005, perpustakaan ini secara rasminya telah bertukar nama kepada Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membina koleksi bahan-bahan serta memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang Perubatan, Sains Kesihatan dan Pergigian bersesuaian dengan tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UKM Kampus Kuala Lumpur. Bangunan 3 tingkat PDAL dengan keluasan 3716 meter persegi menyediakan kira-kira 400 tempat membaca.

Perpustakaan Dr Abdul Latiff (PDAL) UKM

Kronologi[sunting | sunting sumber]

  • Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) atau dahulu dikenali sebagai Perpustakaan Perubatan (PP) ditubuhkan pada tahun 1974.
  • Bangunan perpustakaan mempunyai 3 tingkat dengan keluasan 3716 meter persegi.
  • Pada 1972, perpustakaan bermula dengan koleksi bahan-bahan perubatan di Perpustakaan Pusat Universiti Kebangsaan Malaysia di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur bagi menampung keperluan seramai 44 orang mahasiswa sulung kursus pra-perubatan di Fakulti Sains di kampus berkenaan.
  • Pada 27 Mei 1974, koleksi perubatan sebanyak 3,452 naskhah termasuk buku dan jurnal telah dipindahkan ke aras 1 blok bangunan sementara Kompleks Fakulti Perubatan di Jalan Dr Abdul Latiff, Kuala Lumpur apabila kursus perubatan pra-klinikal dimulakan di kampus sementara.
  • Pada 7 November 1977, sekali lagi perpustakaan terpaksa berpindah ke bangunan tetap di tapak bangunan MAA dalam kampus Fakulti Perubatan.
  • Pada 13 Mac 2000, slogan “Perpustakaan Penjana Generasi Bermaklumat” telah dicipta oleh KMK MISSION (kini dikenali sebagai KIK MISSION) dan digunakan sebagai slogan Perpustakaan UKM.
  • Pada 25 November 2005, Majlis Perasmian Penamaan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Salleh Mohd Yasin (Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia) bertempat di Dewan Kuliah 1, UKM Kampus Kuala Lumpur.
  • Majlis Perasmian Penamaan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff telah diadakan sempena ulangtahun penubuhan UKM yang ke 35.
  • Perpustakaan telah menerima cadangan dari ahli akademik untuk menukar nama perpustakaan kepada Perpustakaan Dr. Abdul Latiff
  • Dr. Abdul Latiff adalah seorang tokoh tempatan doktor Melayu pertama dalam bidang perubatan.
  • UKM telah diberi keizinan oleh keluarga Allahyarham Dr. Abdul Latiff untuk menamakan Bangunan Perpustakaan Perubatan UKM sebagai Perpustakaan Dr. Abdul Latiff.
  • Pada 21 Mac 2006, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff telah ditimpa bencana kebakaran disebabkan litar pintas. Lokasi kebakaran bermula dari Makmal Komputer Aras 2.
  • Pada Jun 2006, kerja-kerja baikpulih telah dijalankan di setiap aras dan mengambil masa hampir 8 bulan.
  • Pada 12 Februari 2007, perpustakaan beroperasi semula seperti biasa.
  • Pada tahun 2013, perpustakaan telah  menerima permohonan dari Ketua Program Forensik untuk memindahkan buku bidang Forensik ke PTSL kerana pengajaran dan pembelajarannya telah dijalankan di UKM Bangi. Kebanyakan buku telah dipindahkan ke PTSL pada tahun 2013 iaitu sebanyak 274 naskhah. Pada tahun 2014, terdapat 7 judul buku telah dipindahkan ke PTSL atas permintaan pensyarah bidang ini. Pada tahun 2015, 33 naskhah buku bidang forensik dihantar ke PTSL.
  • Pada 27 Ogos 2014, pemindahan bahan praklinikal dari PDAL ke Perpustakaan Praklinikal, PPUKM, Cheras telah dilakukan. Sebanyak 173 buah buku dan 13 bahan media subjek Anatomi, 116 buah buku dan 2 bahan media subjek Farmakologi, 81 buah buku dan 1 bahan media subjek Parasitologi telah berjaya dipindahkan. Pada 10 Februari 2015, Sebanyak 123 buah buku dan 7 bahan media subjek Biokimia pula dipindahkan ke Perpustakaan Praklinikal, PPUKM, Cheras.

Pengurusan dan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Bertekad Menjadi Pemangkin Masyarakat Berilmu.

Misi [sunting | sunting sumber]

Meningkatkan budaya ilmu dan usaha memartabatkan Bahasa Melayu serta menggalakkan cetusan ilmu baharu.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Membangun dan mengurus sumber maklumat untuk memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti
  • Memberikan perkhidmatan maklumat yang menepati keperluan pelanggan.
  • Meningkatkan koleksi bahan dalam Bahasa Melayu.
  • Menyediakan prasarana dan persekitaran ilmu bersesuaian dengan perkembangan teknologi.
  • Menjadi institusi repositori ilmu universiti.

Moto[sunting | sunting sumber]

  • ‘Perpustakaan Pemangkin Masyarakat Berilmu’

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, jumlah semua kakitangan adalah 16 orang.

Kakitangan Perpustakaan PDAL (2019)
Jawatan Gred Jumlah
Ketua Pustakawan S52 1
Pustakawan Kanan S44 1
Pustakawan S41 2
Penolong Pustakawan S29 1
Penolong Jurutera J29 1
Pembantu Perpustakaan Kanan S22 1
Pembantu Perpustakaan S19 6
Pembantu Setiausaha Pejabat N19 1
Pembantu Tadbir N19 1
Pembantu Am Pejabat N11 1

Ketua Perpustakaan[sunting | sunting sumber]

  1. Sharifah Naema Syed Mansor (1972 - 1975)
  2. Miskiah Ahmad (1976 - 1987)
  3. Embok Chik Hussein (1988 - 1996)
  4. Abu Bakar Maidin (1996 - 1997)
  5. Maimunah Kadir (1997 - November 2004)
  6. Faizah Mohd Zain (Disember 2004 - 19 Julai 2011)
  7. Rohaya Umar (19 Julai 2011 - 1 Februari 2016)
  8. Rosnah Yusof (2 Februari 2016 - 24 Oktober 2019)
  9. Shamsudin Ibrahim (1 Mac 2020)


Khidmat Masyarakat[sunting | sunting sumber]

No Lokasi Tarikh
1. Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang 28/04/2016
2. KIPMALL, Bangi 06/05/2017
3. KIPMALL, Bangi 24/02/2018
4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang 10/08/2018 - 11/08/2018
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang 30/08/2019


Lawatan Penandaarasan[sunting | sunting sumber]

No Lokasi Tarikh
1. Taylor's University Lakeside Campus Library 16/04/2015
2. Universiti Teknikal Malaysia Melaka 27/04/2016
3. Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI 22/02/2017
4. Perpustakaan PTAR, UiTM Puncak Alam 10/08/2017
5. Perpustakaan UPM, Serdang 09/10/2018


Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buletin Inspirasi. Jan-Mei 2007: 15
  • Laporan JKPU PDAL 2014
  • Laporan JKPU PDAL 2015
  • Majlis Perasmian Penamaan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff
  • http://www.ukm.my/pdal/
  • http://pdal-ukm.blogspot.com/
  • Universiti Kebangsaan Malaysia : Lapuran Tahunan Ke-8 1977-1978 : 84