Perpustakaan Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perpustakaan Kuala Lumpur

Perpustakaan Kuala Lumpur ditubuhkan pada bulan April 1987 dan kini merupakan ibu pejabat bagi semua perkhidmatan perpustakaan yang diuruskan oleh DBKL. Perpustakaan Kuala Lumpur merupakan perpustakaan awam dan juga pusat maklumat rujukan bagi Kuala Lumpur terutamanya dari segi sejarah, perancangan, perkhidmatan, pentadbiran dan pembangunan.

Di samping menyediakan perkhidmatan pinjaman, rujukan dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa, Perpustakaan Kuala Lumpur juga menyediakan perkhidmatan audio-visual, multimedia dan internet termasuk perpustakaan digital yang semakin popular. Perkhidmatan baru ini adalah selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dalam pembangunan negara serta membantu masyarakat kota ke arah literasi teknologi maklumat.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Kuala Lumpur
No. 1, Jalan Raja,
50050 Kuala Lumpur
tel : 03-26123500
faks: 03-2693 7313
emel: pkl@dbkl.gov.my

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]