Perpustakaan Negara Kosovo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perpustakaan Negara Kosovo
Maklumat umum
JenisPerpustakaan, perpustakaan akademik, perpustakaan negara, historic site, architectural heritage monument Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan1944
ArkitekAndrija Mutnjaković Sunting ini di Wikidata
Ruj. mandat undang-undangThe Government Approval Document for The National Library of Kosovo
No. telefon+381 (0)38 212 416, +381 (0)38 249 650 Sunting ini di Wikidata
Laman sesawangbiblioteka-ks.org Sunting ini di Wikidata
Koleksi
Item terkumpulbuku, jurnal, surat khabar, majalah, manuskrip, peta, gambar dan sumber digital
Saiz koleksi1,890,194
Capaian dan penggunaan
Edaran5,000
Anggota bagi
Senarai:
Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengarahFazli Gajraku
Lokasi
Map
Perpustakaan Negara Kosovo is located in Bumi
Perpustakaan Negara Kosovo
Perpustakaan Negara Kosovo (Bumi)
Koordinat42°39′26″N 21°9′44″E / 42.65722°N 21.16222°E / 42.65722; 21.16222Koordinat: 42°39′26″N 21°9′44″E / 42.65722°N 21.16222°E / 42.65722; 21.16222
NegaraKosovo Sunting ini di Wikidata
LokasiPristina, Kosovo[a]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perpustakaan Negara Kosovo (Albania: Biblioteka Kombëtare e Kosovës; Serbia: Народна библиотека Косова, rumi: Narodna biblioteka Kosova) merupakan institusi perpustakaan tertinggi di Kosovo yang dibina oleh Dewan Perhimpunan dan terletak di Pristina. Misi perpustakaan adalah untuk mengumpul, memelihara, mempromosi dan menjadikan dokumentari dan khazanah intelektual Kosovo mudah diakses. Ia terkenal kerana sejarah unik dan gaya reka bentuk bangunan yang direka oleh arkitek Croatia, Andrija Mutnjaković, serta beberapa kontroversi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan perpustakaan di Kosovo bermula sejak abad ke-14 dan 15.[1] Koleksi-koleksi masyarakat Kristian dan Islam merupakan koleksi tertua perpustakaan di Kosovo.[2]

Perpustakaan institusi Kosovo diasaskan secara rasmi pada Disember 1944 di bandar Prizren, yang pada masa itu merupakan ibu kota Wilayah Autonomi Kosovo.[3]

Pada tahun 1982, perpustakaan telah berpindah ke bangunan kini yang ibina di Pristina, ibu kota Kosovo yang baharu.

Selama bertahun-tahun nama Perpustakaan Negara telah berubah bergantung pada kedudukan politik di Kosovo.[4]

Tahun Nama
1944–1952 Perpustakaan Daerah Wilayah Autonomi Kosovo
1956–1961 Pusat Perpustakaan Wilayah Autonomi Kosova dan Metohija
1961–1970 Perpustakaan Wilayah Negara
1970–1990 Perpustakaan Negara dan Universiti Kosovo
1990–1999 Perpustakaan Negara dan Universiti Kosovo dan Metohija
1999–2014 Perpustakaan Negara dan Universiti Kosovo
2014- kini Perpustakaan Negara Kosovo

Perhatikan bahawa bekas nama rasmi Perpustakaan Negara Kosovo pada asalnya di Albania dan boleh didapati dalam jurnal perpustakaanBibloletra

1989–1999[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1989, status Kosovo sebagai wilayah autonomi Serbia telah dibatalkan, puluhan ribu warga Kosovo Albania yang bekerja di sektor awam telah kehilangan pekerjaan mereka, dan pelajar Albania telah dihalang dari mengambil kursus dalam bahasa Albania. Koleksi-koleksi di perpustakaan awam dan swasta di Kosovo telah dibakar dan dimusnahkan.

Perpustakaan kemudiaannya digunakan untuk menempatkan sejumlah besar pelarian dari Bosnia-Herzegovina dan Croatia yang melarikan dari negara mereka disebabkan Perang Yugoslavia. Selepas pendudukan NATO di Kosovo pada bulan Jun 1999, ia telah mendedahkan bahawa Tentera Yugoslavia telah menggunakan perpustakaan sebagai pusat perintah-dan-kawalan. Bahan-bahan dalam perpustakaan telah dicuri, perabot telah dirosakkan dan kad katalog telah dibuang.


Menurut organisasi-organisasi kebangsaan dan antarabangsa, kira-kira 100,000 buku berbahasa Albania telah dihantar ke kilang kertas di Lipjan untuk pulpa. Antara buku tersebut adalah koleksi khazanah negara, yang mengandungi sejarah dan asal-usul negara. [5]

Pengorganisasian semula[sunting | sunting sumber]

Selepas perang di Kosovo, terdapat kehendak dan keinginan yang besar untuk membina semula bangunan perpustakaan dan membangunkansemula perkhidmatan perpustakaan di semua peringkat. Ia telah dilakukan dengan bantuan sekumpulan pakar dari UNESCO, CoE dan IFLA.[6]

Kumpulan pakar ini telah menjalankan program latihan yang berbeza seperti: Perundangan dan Pentadbiran, Perpustakaan Mudah Alih, Rekonstruksi, Buku dan Bacaan, Latihan dan Pembangunan Profesional Teknologi Maklumat, Warisan Budaya, Kanak-kanak dan Belia, Program Akses Terbuka, Sokongan Inisiatif dan sebagainya.[7] Semasa pengornisasian semula Perpustakaan Negara Kosovo telah dibantu oleh banyak institusi seperti Kedutaan Amerika Syarikat, OSCE, Zentralbibliothek Zürich, Inisiatif Artis Jerman, Raiffeisen Bank.[8]

Seni bina dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pemandangan dalam salah satu kubah.

Menurut arkitek Perpustakaan Negara Kosovo, bangunan mewakili penggabungan gaya Byzantine dan seni bina Islam.[9] Dalam sumber yang lain, kenyataan sebenar arkitek tersebut bahawa projek ini mempunyai kaitan dengan tradisi seni bina pra-Romanesque Balkan, yang dipertimbangkan bersama-sama projek lain untuk bangunan Perpustakaan Negara Sarajevo.[10]

Selain itu, bangunan ini juga dilihat kepada reaksi kepada impersonaliti Gaya Antarabangsa dan cubaan untuk menggabungkan cara moden dengan tradisi serantau serta seni bina luar bandar,[11] tetapi juga sebagai gaya Moden-Metabolis.[12]

Selain kenyataan dari arkitek, terdapat beberapa kontroversi yang lain. Antaranya yang paling terkenal adalah yang menghubungkan kubah bangunan dengan topi kebangsaan Albania "plisi".[13] Ini menyebabkan ahli politik Serbia bertindak balas dengan sangat kuat mengenai kemunculan bangunan itu.[14]

Selain itu, projek ini bertujuan untuk mendamaikan hubungan antara orang Serbia dan Albania. Kubahnya merupakan kombinasi mandian Turki di Prizren dan Patriarchate of Peć.[15]

Koleksi[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Negara Kosovo mempunyai 1,890,194 buah bahan dengan 475,324 judul, iaitu 382,806 daripadanya adalah buku dan 281,591 adalah majalah, 984,022 surat kahar and 241,775 bahan-bahan lain. Di antara tahun 2004 dan 2009, perpustakaan telah ditambah dengan kira-kira 30,000 judul baharu.[16]

Pada tahun 2013, jumlah koleksi perpustakaan telah mencapai 2 juta.[17]

Koleksi yang jarang ditemui seperti buku lama, surat khabar lama dan majalah lama, manuskrip Albania dengan grafik [[Latin, Greek dan Arab merupakan antara khazanah berharga yang terdapat di perpustakaan ini.[18]

Buku tertua yang terdapat di Perpustakaan Negara Kosovo adalah Historia de vita et gestis Scanderbegi Epirotarum principis oleh Marin Barleti. Buku ini ditulis dalam bahasa Latin.[19]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kosovo merupakan sebuah subjek yang menjadi pertikaian antara Republik Kosovo dan Republik Serbia. Republik Kosovo mengistiharkan kemerdekaan secara unilateral pada 17 Februari 2008, tetapi Serbia berterusan mendakwa ia adalah sebahagian daripada wilayah berdaulatnya. Dua buah kerajaan ini mula menormalkan hubungan pada tahun 2013, sebagai sebahagian daripada Persetujuan Brussels. Kosovo menerima pengakuan rasmi sebagai sebuah negara merdeka daripada 111 daripada 193 Negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BKUK (2009). "65-vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 2: 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Riedlmayer, Andras. "Libraries and archives in Kosova: a postwar report". Fine Arts Library, Harvard University. Bosnian Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-15. Dicapai pada 2018-05-02.
  3. ^ BKUK (2004). "60 vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 3: 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-03-10. Dicapai pada 2018-05-02.
  4. ^ BKUK (2009). "65-vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 2: 10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Carsten Frederiksen, Frode Bakken (April 2000), Libraries in Kosovo, IFLA/FAIFE Report
  6. ^ Carsten Frederiksen, Frode Bakken (April 2000), Libraries in Kosovo, IFLA/FAIFE Report, m/s. 4
  7. ^ Carsten Frederiksen, Frode Bakken (April 2000), Libraries in Kosovo, IFLA/FAIFE Report, m/s. 10
  8. ^ BKUK (2009). "65-vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 2: 12. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ Carsten Frederiksen, Frode Bakken (April 2000), Libraries in Kosovo, IFLA/FAIFE Report, m/s. 23
  10. ^ Patricia Kiš. "Andrija Mutnjaković: Mislili su da se rugam, a ja nisam želio biti prosječan".
  11. ^ Onup Magazine. "National Library".
  12. ^ World Architecture Map. "Kosovo National Library".
  13. ^ Qeveria e Kosoves. "Biblotekat".
  14. ^ Dnevno. "The strangest library in the world?".
  15. ^ Dnevno. "The strangest library in the world?".
  16. ^ BKUK (2009). "65-vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 2: 10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ kultplus (2013). "BKUK shënoi 69-të vjetorin e themelimit".
  18. ^ BKUK (2009). "65-vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 2: 10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-01. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ BKUK (2004). "60 vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 3: 14. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-03-10. Dicapai pada 2018-05-02.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]