Perpustakaan Negara Perancis
Perpustakaan Negara Perancis ڤرڤوستاكأن نڬارا ڤرنچيس | |
---|---|
Bibliothèque nationale de France | |
![]() | |
![]() | |
Maklumat umum | |
Singkatan nama | BnF ![]() |
Jenis | Institusi awam bersifat pentadbiran di bawah Kementerian Kebudayaan |
Ditubuhkan | 1461 |
Menggantikan | Perpustakaan Negara ![]() |
Laman sesawang | www![]() |
Koleksi | |
Saiz koleksi | 40,000,000 rujukan 14,000,000 cetakan |
Item dikendalikan | BnFcollection.com – Mediatheque numerique |
Capaian dan penggunaan | |
Populasi diberi khidmat | Komuniti saintifik dunia |
Anggota bagi | Senarai: Couperin Consortium, Open Preservation Foundation, Konsortium IIIF, Konsortium Pemeliharaan Internet Antarabangsa, Konsortium Perpustakaan Penyelidikan Eropah, Komuniti GLAM Labs Antarabangsa, Biro Persatuan Perpustakaan, Maklumat dan Pendokumenan Eropah, Persidangan Pustakawan Negara Eropah, Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa ![]() |
Pengurusan | |
President of the National Library of France ![]() | Laurence Engel ![]() |
Pengarah | Laurence Engel |
Pertubuhan induk | Ministry of Culture ![]() |
Subsidiari | BnF-Partnerships ![]() |
Pemilik bagi | |
Perangkaan | |
Belanjawan | € 254 juta |
Kakitangan | 2,300 |
Kehadiran | 926,000 (2018), 920,818 (2019) ![]() |
Lokasi | |
![]() | |
Lokasi di Paris | |
Koordinat | 48°50′01″N 2°22′33″E / 48.833611°N 2.375833°EKoordinat: 48°50′01″N 2°22′33″E / 48.833611°N 2.375833°E |
Negara | ![]() |
Lokasi | Paris |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Perpustakaan Negara Perancis (Bahasa Perancis: Bibliothèque nationale de France; Kependekan: BnF) merupakan perpustakaan negara bagi Republik Perancis. Ia adalah warisan koleksi diraja Perancis sejak Zaman Pertengahan serta merupakan perpustakaan terbesar dalam negara dan antara yang terbesar di dunia. Institusi ini juga adalah yang pertama dalam mengumpulkan koleksi penyerahan undang-undang.[1]
Perpustakaan ini terdiri daripada 14 buah jabatan (département) dengan empat daripadanya terletak di Paris.[2] Antara jabatan yang terdapat di Paris ialah Jabatan Duit Syiling, Pingat dan Barangan Purba. Jabatan yang lain termasuklah Maison Jean-Vilar di Avignon serta dua pusat teknikal dan pemuliharaan iaitu di Bussy-Saint-Georges dan Sablé-sur-Sarthe. Perpustakaan Negara Perancis semakin dikenali kerana perpustakaan digitalnya iaitu "Gallica". Dengan adanya perpustakaan itu, para pengguna dapat melihat penghasilan semula 1.8 juta dokumen dalam bentuk teks, gambar dan bunyi secara digital.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Dekri Diraja 28 Disember 1537, Villers-Cotterêts, François 1er
- ^ Maklumat mengenai jabatan BnF
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perpustakaan Negara Perancis |
- (Perancis) Laman sesawang rasmi
- (Perancis) Katalog umum BnF