Perpustakaan Tun Seri Lanang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perpustakaan Tun Seri Lanang
Maklumat umum
JenisPerpustakaan akademik
Ditubuhkan18 Mei 1970
No. telefon603-89213446
Koleksi
Saiz koleksi3,031,538(2015)[1]
Capaian dan penggunaan
Edaran326,262
Anggota25,167
Perangkaan
BelanjawanRM 8.4 Juta
Kakitangan221
Bilangan cawangan6
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perpustakaan Tun Seri Lanang ialah sebuah perpustakaan akademik bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyediakan keperluan sumber maklumat dan ilmu warga UKM khasnya bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Ditubuhkan pada tahun 1970, perpustakaan ini dirasmikan sebagai Perpustakaan Tun Seri Lanang pada 2 Julai 1980 oleh Canselor UKM kedua, DYMM Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan UKM ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM sendiri pada 18 Mei 1970 yang pada masa itu terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Disamping itu, sebuah perpustakaan cabang khusus untuk koleksi Islam di kampus UKM Seksyen 17 Petaling Jaya juga telah diwujudkan dengan mengambil bangunan Kolej Islam Malaya. Pada tahun 1977, sebahagian perkhidmatan perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap UKM di Bangi dengan menggunakan aras 5 Bangunan Canselori, UKM sebelum berpindah ke bangunan tetap. Bangunan Perpustakaan di Bangi sekarang mula digunakan pada tahun 1978.

Misi[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan bertekad menjadi sebuah perpustakaan terkehadapan yang menjadi penghubung utama antara rangkaian maklumat dengan pelanggan. Perpustakaan akan meningkatkan mutu perkhidmatan, prasarana dan teknologi yang terbaik supaya mewujudkan suasana keilmuan yang sihat dan memikat, dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh warga universiti khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

Sistem Perpustakaan[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Induk

  • Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL)

Merupakan perpustakaan induk di UKM. Perpustakaan ini dinamakan sebagai Perpustakaan Tun Seri Lanang sempena nama seorang bangsawan dan tokoh sastera, Tun Sri Lanang, yang terkenal di Tanah Melayu pada kurun ke-16. PTSL berkeluasan 220,000 kaki persegi.
Di samping itu, terdapat juga perpustakaan pengajaran Perpustakaan Peta di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Koleksi Media, PTSL.Perpustakaan ini berkeluasan 5,000 kaki persegi.


Perpustakaan Cabang

  • Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA)

Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) merupakan perpustakaan penyelidikan dalam bidang Pengajian Alam dan Tamadun Melayu. Ditubuhkan pada tahun 1982 ia bertempat di aras 2 dan 3, Bangunan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Matlamat utama Perpustakaan ini ditubuhkan ialah untuk mengumpul, memperkaya serta mendokumentasikan bahan yang berkaitan dengan alam dan tamadun Melayu dalam usaha menyokong aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pengajaran di ATMA. Kini, selari dengan perluasan bidang penyelidikan Institut, Perpustakaan ATMA juga memperluaskan dasar perolehannnya dengan mengumpul bahan dalam semua bidang mengenai alam dan tamadun Melayu seperti komunikasi, sains hayat dan kejuruteraan. Berkeluasan 10,000 kaki persegi.

  • Perpustakaan Undang-Undang (PUU)

Sejarah penubuhan Perpustakaan Undang-Undang bermula dengan penubuhan cawangan dan koleksinya pada bulan Mac 1985 di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kini cawangan ini telah memperolehi bangunannya sendiri dan mula beroperasi sebagai Perpustakaan Cabang pada bulan Jun 1996. Penubuhan Perpustakaan Undang-Undang adalah untuk menampung keperluan pelajar dan pensyarah Fakulti Undang-Undang di samping memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang memerlukan bahan undang-undang. Pada dasarnya Perpustakaan Undang-Undang memiliki koleksi yang terdiri daripada statut, laporan undang-undang, bahan terbitan bersiri, buku teks dan buku am undang-undang. Perpustakaan Undang-Undang juga memiliki Koleksi Hooker, latihan ilmiah oleh pelajarpelajar Fakulti Undang-Undang dan Koleksi Pandang Dengar. Berkeluasan 24,600 kaki persegi.

  • Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL)

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff UKM (PDAL) telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk memberi perkhidmatan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (1991) dan Fakulti Pergigian (1996). Perpustakaan ini dikenali dengan nama Perpustakaan Perubatan sejak ia mula ditubuhkan dan mulai 25 November 2005, perpustakaan ini secara rasminya telah bertukar nama kepada Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membina koleksi bahan-bahan serta memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang Perubatan, Sains Kesihatan dan Pergigian bersesuaian dengan tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UKM Kampus Kuala Lumpur. Bangunan 3 tingkat PDAL dengan keluasan 3716 meter persegi menyediakan kira-kira 400 tempat membaca. Berkeluasan 40,000 kaki persegi.

  • Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Perpustakaan Hospital UKM (PHUKM) beroperasi mulai 14 Julai 1997 selaras dengan penubuhan Hospital UKM. Bermatlamat untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Kampus Kesihatan serta menyokong keperluan maklumat para profesional perubatan di dalam memberi rawatan kepada pesakit di Hospital UKM. PHUKM terletak di aras 3, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, Hospital UKM, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. PHUKM beriltizam mempertingkatkan perkhidmatan kepada semua kategori pelanggannya tidak kira sama ada di kalangan ahli akademik, pelajar, profesional perubatan atau kakitangan dalam kategori bukan perubatan. Pustaka Maya Perubatan HUKM yang dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada 11 Februari 2000, merupakan suatu usaha Perpustakaan untuk merealisasikan konsep ìPerpustakaan Tanpa Dindingî. Perkhidmatan Pustaka Maya ini kini dipertingkatkan lagi menjadi sebuah Portal yang membolehkan sumber maklumat bidang Perubatan dan Sains Kesihatan dapat dicapai dari pelbagai lokasi serta diuruskan dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan. Portal Perpustakaan ini boleh dicapai di alamat http://lib.hukm.ukm.my Diarkibkan 2021-03-03 di Wayback Machine. Semua pelanggan perlu melalui proses pendaftaran secara dalam talian terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan perkhidmatan ini.Berkeluasan 20,000 kaki persegi.

  • Perpustakaan Lingkungan Kedua (PL2)

Perpustakaan Lingkungan Kedua (PL2) merupakan perpustakaan cabang yang khusus kepada bidang Kejuruteraan, Sains Komputer dan Pendidikan.Kakitangan perintis perpustakaan ini terdiri daripada 3 orang kakitangan, iaitu Zaidah Sulaiman sebagai Ketua Perpustakaan serta dua orang pembantu perpustakaan, Md Zakir Abdul Aziz dan Nor Hidayah Harun. Perpustakaan ini mula beroperasi pada 2013 dan terletak bersebelahan dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

  • Perpustakaan Praklinikal

Perpustakaan Praklinikal yang berkeluasan 10,000 kaki persegi ini terletak di aras 3 dan 4 Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM. Perpustakaan ini mula dibuka pada 3 November 2014, namun perkhidmatan peminjaman dan pemulangan hanya bermula mulai 11 Februari 2015. Perpustakaan Praklinikal ditubuhkan khusus bagi memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang praklinikal seperti Anatomi, Fisiologi, Parasitologi & Entomologi, Biokimia, Farmakologi, Mikrobiologi & Immunologi, Pendidikan Perubatan serta Kesihatan Masyarakat. Perpustakaan Praklinikal bermula dengan belanjawan awal sebanyak RM20,000, koleksi awalnya bermula dengan 805 naskhah bahan bercetak dan 16 naskah bahan media, koleksi ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada koleksi milik Perpustakaan PPUKM sebanyak 435 naskah dan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff sebanyak 370 naskah, koleksi awal ini mula dipindahkan ke Perpustakaan Praklinikal pada 9 Februari 2015. Kakitangan perintis Perpustakaan Praklinikal terdiri daripada dua orang Pustakawan, iaitu Harith Faruqi Sidek dan Nona Zurena Masenwat serta dua orang Pembantu Perpustakaan, Suhaimi Yusoff dan Intan Shahira Surip.

  • Perpustakaan Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK UKM)

Perpustakaan Pakar Kanak-Kanak (HPKK) telah dibuka secara rasmi mulai 1 Ogos 2022. Perpustakaan ini terletak di Aras 3, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM.

Pengurusan dan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Sistem berkomputer[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan UKM mula menggunakan Sistem Pepustakaan Bersepadu DOBIS/LIBIS pada tahun 1991 dan pada pertengahan tahun 1999, Perpustakaan UKM berhijrah ke Sistem Perpustakaan Bersepadu VIRTUA. Mulai Januari 2003 pula, Perpustakaan menggunakan Content Manager (IBM) bagi pembinaan pangkalan data berteks penuh digital. Pada tahun 2008 pula, Pusat Teknologi Maklumat UKM telah membangunkan Sistem e-Repositori Penerbitan (eReP) untuk digunakan oleh warga UKM mendaftarkan penerbitan mereka. Sistem eReP ini dipertanggungjawabkan kepada Perpustakaan sebagai tuan punya sistem. Sebagai tuan punya sistem eReP, Perpustakaan bertangunggungjawab mengesahkan semua penerbitan yang didaftarkan. Mulai November 2018, Perpustakaan UKM menggunakan SIERRA bagi menggantikan sistem VIRTUA yang telah berakhir fasa pembangunannya.

Sistem Kualiti[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan mula melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2000 mulai pada Jun 2003.

Dasar Kualiti[sunting | sunting sumber]

Seluruh warga Perpustakaan UKM beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan Perpustakaan yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan yang bersesuaian ke arah menepati keperluan pelanggan selaras dengan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2000.

Ketua Pustakawan[sunting | sunting sumber]

  1. Abdul Aziz Shaik Mydin (1970-1977)
  2. Zainal Azman Rajuddin (1988-1996)
  3. Norsham Muslim (1996-2000)
  4. Putri Saniah Megat Abdul Rahman (2001-2006)
  5. Abu Bakar Maidin (2006-2013)
  6. Hafsah Mohd. (5 Disember 2013 - 2 Oktober 2016)
  7. Wan Suhaimi Ariffin (4 Mei 2017 - 3 Mei 2020 )
  8. Rohaya Umar (28 September 2021- kini)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Kualiti Naib Canselor UKM - 2004.
  2. Anugerah Kualiti YB. Setiausaha Negeri Selangor - 2004
  3. Johan Konvensyen KMK Peringkat Negeri Selangor - 2003
  4. Anugerah Khas Juri (Kategori Perpustakaan Besar), Pertandingan Perpustakaan Cemerlang, Persatuan Pustakawan Malaysia - 2008
  5. Naib Johan Konvensyen KIK Perpustakaan seMalaysia pertama - 2008
  6. Naib Johan Konvensyen KIK Perpustakaan seMalaysia kedua - 2009
  7. Naib Johan Konvensyen KIK Perpustakaan seMalaysia ketiga - 2010
  8. Johan Perarakan Maulidur Rasul UKM 1431H (2010M).
  9. Johan Perarakan Maulidur Rasul UKM 1432H (2011M).
  10. Johan Anugerah Inovasi Berkumpulan UKM 2011.
  11. Naib Johan Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2011.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://www.ukm.my/monline/pembukaan-perpustakaan-lingkungan-kedua.html

http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/893-ukm-library-gets-bigger-space-at-new-students-complex-.html Diarkibkan 2014-12-05 di Wayback Machine

http://www.slideshare.net/ruzitakamis/laporan-tahunan-perpustakaan-ukm-2013-2-september-2014