Perpustakaan Wilayah Tawau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagian belakang PWT yang terletak berhampiran dengan dermaga Bandar Sabindo

Perpustakaan Wilayah Tawau (PWT) atau lebih ringkas Perpustakaan Tawau adalah salah satu daripada Perpustakaan Negeri Sabah. PWT merupakan perpustakaan utama bagi Wilayah Tawau dan bandar Tawau. Ia terletak berhampiran dengan kawasan dermaga Bandar Sabindo, Tawau. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan terbesar di seluruh Sabah dengan keluasan 57,000 kaki persegi dan dapat menampung seramai 480 orang pengunjung sekaligus.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan ini telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 27 Disember 1993 dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu iaitu YB Datuk Joseph Pairin Kitingan pada 16 Februari 1994. Pembinaan bangunan ini telah menelan belanja sebanyak RM11.820 juta.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-25. Dicapai pada 2008-04-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.