Perpustakaan negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perpustakaan British di London ialah perpustakaan terbesar di dunia
Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur
Perpustakaan Negara China merupakan perpustakaan terbesar di Asia.
Perpustakaan Negara Brazil merupakan perpustakaan terbesar di Amerika Latin.

Perpustakaan negara merupakan perpustakaan yang perpustakaan khusus yang ditubuhkan oleh kerajaan sesebuah negara untuk berfungsi sebagai repositori maklumat untuk negara. Tidak seperti perpustakaan awam, perpustakaan ini jarang membenarkan pengguna untuk meminjam buku-buku yang terdapat dalam koleksi mereka. Antara koleksi mereka termasuklah kerja-kerja yang penting, berharga dan jarang ditemui. Sesebuah perpustakaan negara mengumpul dan memelihara kesusasteraan negara yang berada dalam dan luar negara. Contoh perpustakaan negara adalah Perpustakaan British, dan Bibliothèque Nationale di Paris.[1][2]

Terdapat definisi perpustakaan negara yang lebih luas, yang meletakkan kurang penekanan kepada peranan repositori.[1][2]

Perpustakaan negara kebiasaannya dikenali kerana saiznya, berbanding perpustakaan-perpustakaan lain yang berada di dalam sesebuah negara tersebut. Sesetengah negara yang belum merdeka, namun ingin memerlihara kebudayaan mereka, akan membina sebuah perpustakaan negara dengan ciri-ciri yang sama seperti pusat penyerahan terbitan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Line, Maurice B.; Line, J. (2011). "Concluding notes". National libraries, Aslib, pp. 317–318
  2. ^ a b Lor, P. J.; Sonnekus, E. A. S. (2010). "Guidelines for Legislation for National Library Services" Diarkibkan 13 August 2006 di Wayback Machine., IFLA. Retrieved on 10 January 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]