Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persatuan Alumni Kolej Islam atau nama singkatannya ALKIS ialah persatuan alumni untuk Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Klang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Protem Persatuan telah ditubuhkan pada penghujung 2004. Bersempena sambutan 50 tahun penubuhan Kolej Islam pada 2005, usaha telah dijalankan untuk mendaftarkan persatuan ini dengan pendaftar pertubuhan. Secara rasminya pada 15 Jun 2005 dengan nama berdaftar Persatuan Alumni Kolej Islam, Klang, Malaysia dan singkatan rasmi ALKIS telah diluluskan pendaftarannya, 2 hari sebelum majlis sambutan Jubli Emas Kolej Islam.

Usaha penubuhan persatuan ini telah menyelesaikan persoalan lepasan Kolej Islam alumni mereka. Sehingga hari ini, usaha pengumpulan semula maklumat lepasan Kolej Islam sedang giat dijalankan.

Persatuan ini mengabungkan keahlian dari ketiga-tiga era Kolej Islam iaitu

  1. Kolej Islam Malaya (1955-1967)
  2. Kolej Islam Kelang (1967-1989)
  3. Kolej Islam Sultan Alam Shah (1989-sekarang)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]