Persatuan Bagi Penambahbaikan Transit Massa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Persatuan Bagi Penambahbaikan Transit Massa (Transit) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan membela pengguna dan penerima kesan dari sistem pengangkutan awam di Malaysia. Jurucakap Transit ialah Rajiv Rishyakaran.

Mengkritik MRT Lembah Klang[sunting | sunting sumber]

Pada 10 September 2011, mereka membantah tindakan kerajaan menyalurkan RM50 bilion ke atas projek Transit Rapid Massa (MRT) Lembah Klang tanpa mahu menanti pelan induk pengangkutan yang hanya akan siap akhir September 2011.Setiap projek apalagi projek mega mestilah ada pelan induk .Projek Transit Rel Ringan (LRT) adalah projek tanpa satu pelan induk.[1]

MRT dipunyai oleh Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) .Pada tahun 1970,rumah kedai di Jalan Tun HS Lee, Jalan Sultan dan Jalan Sekolah diambil alih olehUDA Holdings untuk membangunkan UDA Ocean dan Plaza Warisan.[2]

Selepas lebih satu dekad (2000-2011), MRT mahu memperluaskan laluan dengan kos RM7 bilion. Sedangkan dua laluan LRT yang dibina dengan kos RM5.5 bilion masih menyaksikan kadar penggunaan yang rendah di beberapa stesen. Sepatutnya Transit Rapid Bas (BRT) dipertimbangkan terlebih dahulu kerana kos lebih murah dan memudahkan pengguna.Kos BRT 50 kali lebih rendah berbanding dana yang diperlukan untuk MRT.Namun idea BRT ditolak oleh laporan penilaian impak alam sekitar berkaitan MRT.

Pada September 2010, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memulakan kerja-kerja merangka pelan induk pengangkutan awam .SPAD memberi tempoh 12 bulan untuk memuktamadkan pelan induk pengangkutan awam.Namun kerja-kerja laluan pertama MRT (51 kilometer) dari Kajang ke Sungai Buloh telah dipamerkan untuk maklum balas (Mac 2011) dan kerja-kerja tender pada April 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Kamal MRT dilancarkan pada Julai 2011.MRT tidak perlu menunggu pelan induk itu disediakan memandangkan projek mega ini diadakan sebagai satu loncatan kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Tanpa pelan induk, adalah sukar untuk menentukan pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan dan Lembaga Lebuh Raya.MRT dikritik oleh kontraktor Melayu yang menuntut agar kelayakan menyertai projek itu dilonggarkan bagi memastikan penyertaan Bumiputera.Isu pengambilan tanah-tanah Chinatown di Jalan Sultan dan Bukit Bintang juga berbangkit.[3][4]

Pada 6 September 2011, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Khamis (15 September 2011) sama ada pemilik-pemilik tanah di kawasan Bukit Bintang akan dibenarkan untuk mencabar proses mengambil alih 9 petak tanah untuk memberi laluan kepada projek Transit Rapid Massa (MRT).Hakim juga membenarkan perintah halangan sementara kedua sehingga 15 September 2011.

Dua pemilik tanah berdaftar dan tiga syarikat mencabar keputusan kerajaan mahu mengambil alih sembilan petak tanah di Bukit Bintang bagi tujuan projek MRT.

Pemilik 9 petak tanah itu ialah :

  1. LTS Resources Holdings (M) Sdn Bhd
  2. Pedoman Cekap Sdn Bhd
  3. TS Law Corporation
  4. LTS Properties (M) Sdn Bhd
  5. LTS Capital Sdn Bhd

Mereka menamakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai defendan. Peguam Su Tiang Joo mewakili mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.