Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
University of Malaya Malay Language Society
KetuaMohamad Shamsul Amin Md Yusof (2015/2016)
DiasaskanJanuari 29, 1955
Ibu pejabatUniversiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
IdeologiBahasa Melayu,
Intelektualisme,
Keadilan
Islam,
Warna rasmiHijau, Putih, Hitam

Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) merupakan sebuah gerakan mahasiswa yang aktif dalam perkembangan dan perjuangan bahasa, kesusasteraan serta budaya Melayu. PBMUM turut telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan bahasa Melayu moden yang kini luas dibudayakan di Malaysia dan Singapura.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PBMUM ditubuhkan sebagai Persekutuan Bahasa Melayu di Singapura pada 29 Januari 1955 dengan 27 ahli. Rumusan bagi penubuhan PBMUM telah dijayakan dengan sokongan daripada pensyarah dan mahasiswa dari fakulti sastera, termasuk Lukman Musa, Noh Abdullah, Tahir Abdul Rahman dan Fatimah Hasyim. Namun, gagasan utama membentuk persatuan ini berasal daripada Profesor diRaja Ungku Aziz dan Pendeta Za'ba yang tegas dalam menubuhkan satu persatuan mahasiswa Melayu yang boleh yang akan memainkan peranan penting dalam perkembangan sastera dan Bahasa Melayu. Dengan banyak sokongan daripada individu-individu dan sarjana di universiti, keahlian PBMUM terus meningkat daripada 202 tahun 1956 menuju 721 pada tahun 1965.

Pada tahun 1959, selepas menubuhkan dua bahagian autonomi pada tahun 1959 dengan salah satu kampus yang berada di Singapura dan yang lainnya di Kuala Lumpur, operasi PBM mengalih tumpuan kepada Malaysia. Seterusnya, nama itu kemudian secara rasmi berubah menjadi Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) pada tahun 1969.

Perlembagaan PBMUM[sunting | sunting sumber]

Ketekalan PBMUM dalam isu-isu perkembangan bahasa, budaya dan kesusasteraan Melayu dapat diperhatikan dalam perlembagaan PBMUM (1969)[1] :

1. Berusaha mengembangkan bahasa Melayu dan menggalakkan penggunaannya.

2. Memberi sumbangan yang konkrit untuk perkembangan serta kemajuan kesusasteraan dan kekayaan perpustakaan Melayu.

3. Mengembangkan kesenian dan kebudayaan Melayu.

4. Menggalak dan menjalankan pengajian dalam lapangan kesenian dan kebudayaan Melayu.

5. Mengambil tahu berkenaan dengan pelajaran bahasa Melayu dan berusaha untuk memberi sumbangan yang sewajarnya.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Prinsip utama PBMUM pada tahun 1954 adalah untuk menggesa kerajaan Malaya untuk merasmikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaya.[2] Terkesan daripada suara dan perjuangan PBMUM, Majlis Undangan Persekutuan Tanah Melayu (Malayan Council) akhirnya bersetuju pada 31 Mei 1955 untuk mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaya. Tahun 1965 telah menampakkan kebangkitan PBMUM sebagai sebuah badan yang kuat dan berpengaruh dengan melibatkan diri dalam program bercorak politik, ekonomi dan pendidikan dengan memperluaskan tumpuan mereka daripada acara-acara kesusasteraan dan bahasa sahaja. Pada tahun 1969 pula, PBMUM melakukan penstrukturan semula pendiriannya untuk turut memperjuangkan isu penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pelajaran serta memainkan peranan yang lebih kukuh dalam pembentukan negara.[3] PBMUM percaya bahawa persatuan tersebut mewakili suara rakyat marhaen. PBMUM berdiri teguh menentang rasisme and berpandangan bahawa prinsip utamanya merupakan pembangunan masyarakat. Dalam hal ini, Kochiko Mazilo percaya bahawa pendekatan PBMUM tidak dilakukan berdasarkan emosi dan radikalisme semata namun turut merupakan sebuah wadah perjuangan yang selaras dengan aspirasi kerajaan. Penggunaan bahasa Melayu serta dasar pendidikan yang dipegangnya turut selaras dengan keperluan dan kemahuan masyarakat Melayu. Mutakhir ini, sejak 2009 di bawah pimpinan Muhammad Jailani Abu Talib, PBMUM bergerak aktif bawah cogan kata "Menjana Keintelektualan Masyarakat" dan giat menganjur pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk melestari gagasan tersebut. Pada 2010, PBMUM telah menganjurkan bengkel Adobe Photoshop buat para anggotanya yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran IT para anggotanya di samping mempertingkatkan daya saingan mereka di persada antarabangsa. Di suatu sudut yang lain pula, PBMUM telah membuka sebuah perpustakaan kecil di rumah anak yatim Darul Falah yang bertujuan untuk memasyarakatkan bahasa Melayu di samping meningkatkan minat para penghuni rumah tersebut terhadap bahasa dan sastera Melayu.

Dari 23 September 2010 - 27 September 2010, PBMUM telah mengorak langkah yang luas dengan menganjurkan Festival Buku Melayu 2010 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Festival tersebut buat julung-julung kalinya merupakan festival buku pertama dalam sejarah persuratan Malaysia yang dikhususkan khas buat buku-buku Melayu sahaja.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

PBMUM turut pernah dipimpin oleh beberapa individu yang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan masyarakat. Antara individu-individu yang kemudiannya memainkan peranan yang besar dalam pembangunan masyarakat termasuklah Tan Sri Professor Emeritus Awang Had Salleh, Dato' Dr. Nordin Selat, Dato' Nordin Abd. Razak, Dr. Mohd. Fuad Zarkashi, Dato' Saifuddin Abdullah, Associate Professor Dr. Nuwairi Haji Khaza'ai, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shaberry Cheek.

Senarai Yang Dipertua[sunting | sunting sumber]

  1. 1955/1956 - Lukman Musa
  2. 1958/1959 - Syed Husin Ali
  3. 1963/1964 - Tan Sri Professor Emeritus Awang Had Salleh
  4. 1964/1965 - Mohd Noorani Kamarur
  5. 1965/1966 - Dato' Dr. Nordin Selat
  6. 1966/1967 - Ismail Daud
  7. 1967/1968 - Dr. Sanusi Osman
  8. 1968/1969 - Harun Awal
  9. 1969/1970 - Dato' Seri Anwar Ibrahim
  10. 1970/1971 - Dato' Nordin Abdul Razak
  11. 1971/1972 - Mahathir Mohd. Khir
  12. 1973/1974 - Datuk Zulkifli Hj Ahmad
  13. 1974/1975 - Dato' Aziz Shamsudin
  14. 1979/1980 - Associate Professor Dr. Nuwairi Haji Khaza'ai
  15. 1980/1981 - Dr. Mohd Puad Zarkashi
  16. 1981/1982 - Hashim Pajian
  17. 1983/1984 - Dato' Saifuddin Abdullah
  18. 1984/1985 - Dato' Saifuddin Abdullah
  19. 1984/1985 - Wan Ahmad Ibrahim
  20. 1985/1986 - Fauzi Mat Nor
  21. 1988/1989 - Masnil Shahrir
  22. 1989/1990 - Rohaizad Ahmad Fatanah
  23. 1990/1991 - Abdul Rahman
  24. 1991/1992 - Fazli Hisahak
  25. 1992/1993 - Ahmad Fakhruddin Hussain
  26. 1993/1994 - Ahmad Nazari Sulaiman
  27. 1994/1995 - Abdul Ghaffar Yahya
  28. 1995/1996 - Md. Arfizal Md. Ariffin
  29. 1996/1997 - Jamarussalam Abdullah
  30. 1997/1998 - S. Ramlee Shamsuddin
  31. 1998/1999 - S. Ramlee Shamsuddin
  32. 1999/2000 - Mohd Nizam Shaari
  33. 2000/2001 - Mohd Yusrin Mohamed Yusof
  34. 2001/2002 - Wan Azlee Wan Abdullah
  35. 2002/2003 - Khazali bin Md. Din
  36. 2003/2004 - Othman bin Yunus
  37. 2005/2006 - Zulkifli Bin Mohamad
  38. 2006/2007 - Hilmy Rizal
  39. 2007/2008 - Arif Atan
  40. 2008/2009 - Wan Mohamad Wasif Bin Wan Mohamad
  41. 2009/2010 - Muhammad Jailani Abu Talib
  42. 2010/2011 - Muhammad Jailani Abu Talib
  43. 2011/2012 - Nor Izzati Binti Ismail
  44. 2012/2013 - Abdul Muqit bin Muhammad
  45. 2013/2014- Ishak Sairozi
  46. 2014/2015- Ishak Sairozi
  47. 2015/2016- Mohamad Shamsul Amin Md Yusof

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd, Fazil (1969). PBMUM 69/70. Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, University of Malaya. 
  2. ^ Abdul Rahman, Haji Abdullah (1997). Pemikiran Islam di Malaysia : Sejarah dan Aliran. Jakarta : Gema Insani Press. ISBN 9789795614302. 
  3. ^ Nordin, Razak (1973). PBMUM - Perubahan Sikap Pelajar-pelajar Melayu. Department of Malay Studies, University of Malaya.