Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia ini telah ditubuhkan pada tahun 1955. Persatuan ini adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Pegawai bertauliah atau anggota di dalam mana-mana Pasukan Polis Di raja Malaysia, Angkatan tentera Darat, Laut dan Udara, Bekas Mata-mata Khas, Mata-mata tambahan, Pembantu Polis, Polis simpanan,Polis Hutan,Sukarelawan Polis,Bekas anggota yang dikerah dalam perkhimatan Polis semasa darurat, Home guard yang berkhidmat secara aktif, Pengawal kampong yang berkhidmat secara sukarela, Sarawak Rangers, Senoi Praq, Pasukan Timbalan Setia, Tentera Wataniah, Anggota Bertauliah dan biasa, Tentera British dan Komanvel (MOR), Sukarelawan dan Sukarelawati Anggatan Tentera,Tentera Tempatan (LDC), FMSVF,SSVF, Unfederated Malay State Volunteer Reserves semasa perang Dunia Kedua dan juga Relawan dan Relawati.

Tujuan asal penubuhan Persatuan ini adalah bertujuan mengumpul keseluruhan Bekas-belas Anggota Keselamatan Negara dan Pejuang-pejuang Tanah Air dengan tujuan menjaga kebajikan mereka dan juga untuk mengekalkan silaturrahim.

Ibu Pejabat:
21, 1st Floor, Jalan 11/48A
Wisma Wawasan Emas
Sentul Raya Boulevard
51000 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : 03-40414097 / 03-40454424
Setiausaha Agong
Datuk M.balachandran

Pautan luar[sunting | sunting sumber]