Persatuan Bekas Polis Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM)
Ex-Police Association of Malaysia
Lambang PBPM
Intisari agensi
Dibentuk1972 - Kini
Ibu pejabatBukit Aman, Kuala Lumpur, Malaysia
KakitanganPesara Kerajaan


Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) ditubuhkan bagi memperjuangkan nasib bekas anggota polis yang pernah berkhidmat dengan kerajaan Malaysia sejak dari zaman darurat sehingga sekarang. Ketika berkhidmat , ada di antara mereka kemalangan jalan raya, cedera, ditembak komunis dan penjenayah ketika bertempur. Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Penaung Kehormat PBPM. Presiden PBPM ialah Shafie Bakri. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menjadi Penasihat Kebajikan PBPM .[1]

Zaman darurat[sunting | sunting sumber]

Kerajaan British di Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak membuat pengambilan polis dari kalangan penduduk tempatan dan . Semasa zaman darurat dulu polis bantuan seperti Special Constable diambil secara tergesa-gesa dan ketika itu pasukan polis tidak tersusun. Semasa itu perancangan untuk pencen mereka tidak diambil kira. Mereka telah banyak berjasa, berkorban dan berkhidmat untuk keselamatan negara dan pertimbangan yang adil patut diberikan kepada mereka. Antara tugas mereka ialah menjaga keselamatan dan keamanan lombong bijih timah dan ladang-ladang getah dimusnahkan. Banyak yang telah dirosakkan , dibakar , diserang dan dibunuh oleh pengganas komunis yang mahu menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu.


Rujukan[sunting | sunting sumber]