Persatuan Bola Sepak Malaysia
FAM | |
---|---|
![]() | |
Ditubuhkan | 1933 |
Ibu pejabat | Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor |
Penggabungan FIFA | 1954[1] |
Presiden | Hamidin Mohd Amin |
Tapak sesawang | www |
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang mentadbir kegiatan bola sepak di Malaysia. Ia bertanggungjawab bagi menguruskan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan kejohanan-kejohanan besar yang diadakan di negara Malaysia. Bola sepak tiba di Malaya dengan British. Orang-orang tempatan kemudiannya mempelajari permainan berkenaan. Tidak lama selepas itu, ia menjadi permainan yang terulung di Malaysia. Sehingga akhir abad ke-19, bola sepak menjadi tiang tengah kepada kebanyakan kelab-kelab sukan di Malaysia. Tetapi ia tidak distrukturkan. Walaupun Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan, pertandingan hanya terhad kepada kelab-kelab di dalam daerah Kuala Lumpur sahaja. Pejabatnya yang terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Asia dan FIFA. Jawatan Presiden kini kosong berikutan perletakkan jawatan Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail[2] sebagai Presiden pada 25 Mac 2018.[3] Terdapat empat belas persatuan bola sepak negeri di Malaysia.
Kronologi[sunting | sunting sumber]
Seperti mana dunia bola sepak yang lain, penyebaran permainan bola sepak juga berkait rapat dengan migrasi koloni ideologi British. Ia dipercayai bahawa permainan pertama di Semenanjung Malaysia pada awal 1900-an sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan orang luar adalah tinggi di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.
- Pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia yang pertama - telah menjadi Presiden.
- Dalam tahun 1974, pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Haji Hussein, yang telah berkhidmat hanya setahun.
- Kerusi tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1975.
- Dalam tahun 1984, Sultan Pahang memegangnya sehingga tahun 2014.
- Kemudian kerusi ini diisi oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah.
- Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-53 diadakan pada 25 Mac 2017 untuk melantik Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021. Buat masa ini, hanya jawatan Presiden sahaja telah diketahui di mana Tunku Ismail Idris diisyhtiharkan telah menang tanpa bertanding selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa menarik diri.[4]
Senarai Presiden dan Setiausaha organisasi FAM[sunting | sunting sumber]
FAM mempunyai Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Pelaksana (Jawatankuasa Tetap). Untuk Jawatankuasa Eksekutif, ahli-ahlinya dipilih melalui kongres FAM tiga tahun sekali.
Pejabat | Nama | Tempoh |
---|---|---|
Presiden | Sir Andrew Caldecott | 1933 |
M.B. Shelley | ||
Dr J.S. Webster | ||
S.D. Scott | ||
R. Williamson | ||
J.E. King | 1927 | |
Adrian Clark | –1940 | |
H.P. Byson | 1948 | |
Dr C. Rawson | 19??-1958 | |
Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Haji Sir Abdul Hamid Halim Shah II | 1958-1974 | |
Tun Abdul Razak | 1975-1976 | |
Tan Sri Hamzah Datuk Abu Samah | 1976-1983 | |
Sultan Haji Ahmad Shah | 1984-2014 | |
Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah | 2014–2017 | |
Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail | April 2017- April 2018 | |
Hamidin Mohd Amin | April 2018- sekarang | |
Setiausaha | A.R. Singham | 1941 |
Datuk Kwok Kin Keng | 1948-1979 | |
Dato' T.P. Murugasu | 1980-1987 | |
Dato' Paul Mony Samuel | 1988-2000 | |
Dato' Dell Akbar Khan | ||
Dato' Ibrahim Saad | 2005-2007 | |
Dato' Azzuddin Ahmad | 2007-2013 | |
Dato' Hamidin Mohd Amin | 2013-sekarang |
Jawatankuasa Tetap 2017/2021[sunting | sunting sumber]
Jawatankuasa Eksekutif[sunting | sunting sumber]
- Presiden: Datuk Wira Yusoff Mahadi (pemangku)
- Timbalan Presiden:
- Datuk Seri Subahan Kamal (Selangor FA)
- Datuk Wira Yusoff Mahadi (Melaka United)
- Naib Presiden:
- Encik Joehari Ayub (Sabah FA)
- Dato' Ab Ghani Hassan (Negeri Sembilan FA)
- Dato' S. Sivasundaram (Selangor FA)
- Datuk Rosmadi Ismail (Kelantan FA)
- Exco FAM (lelaki):
- SAC Dato' Azisman Alias (PDRM FA)
- YB Dato' Aminuddin Omar (Kedah FA)
- Datuk Hishamudin Yahaya (Pahang FA)
- Dato' Jefferey Low Han Chau (Kedah FA)
- Supt. Md Dali Wahid (PDRM FA)
- Encik Christopher Raj (Ahli perniagaan)
- Encik Subkhiddin Mohd Salleh (Persatuan Pengadil Bola Sepak Malaysia)
- Encik Firdaus Mohamed (Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor)
- Exco FAM (wanita):
- YB Dato' Suraya Yaacob (Persatuan Bola Jaring Malaysia)
- Puan Shafizah Umamah Abdul Mutalib (Persatuan Bola Jaring Malaysia)[5]
Kongres[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi: kosong
- Timbalan Pengerusi:
- Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan FA)
- Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor FA).
- Setiausaha Agung: Datuk Hamidin Mohd Amin
- Ahli: 38 persatuan bola sepak negeri yang bergabung.
Kecemasan[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi: kosong
Kewangan dan Pengurusan[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi: kosong
Pasukan Pengurusan Kebangsaan[sunting | sunting sumber]
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi: kosong
Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi: kosong
- Timbalan Pengerusi: kosong
Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-20 Malaysia[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi: kosong
- Timbalan Pengerusi: kosong
Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-17 Malaysia[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi: kosong
- Timbalan Pengerusi: kosong
Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-15 Malaysia[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi: kosong
- Timbalan Pengerusi: kosong
Pertandingan tempatan[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi: YH Dato’ Afandi Hamzah.
- Timbalan Pengerusi: Datuk S. Sivasundram
Undang-undang dan Peraturan[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi: YH Dato’ Afandi Hamzah.
- Timbalan Pengerusi: YB Dato’ Haji Takiyuddin Hj Hassan.
Pertandingan antarabangsa[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi: Datuk Rozabil Abdul Rahman
- Timbalan Pengerusi: Datuk Sudarsono Osman
Jabatan Pelesenan Kelab FAM[sunting | sunting sumber]
Jabatan Pelesenan Kelab FAM akan mengendalikan semua kelab-kelab bola sepak yang berkaitan hal lesen bagi kelab-kelab bola sepak di Malaysia untuk menyertai pertandingan Liga Super Malaysia, Liga Perdana Malaysia, Liga FAM, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.[6] Ia juga boleh mendapatkan kelab-kelab bola sepak untuk menyertai kejohanan Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC .[7] Jabatan Pelesenan Kelab FAM akan mengeluarkan dua dokumen bagi lesen kelab, iaitu:-
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-22 Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-19 Malaysia
- Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-16 Malaysia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "FAM dalam FIFA". 23 March 2017.
- ^ "TMJ menang Presiden FAM". 23 March 2017.
- ^ Ben Tan (25 March 2018). TMJ officially quits as FAM president The Malay Mail. Retrieved on 3 April 2018.
- ^ http://www.bharian.com.my/node/210177?m=1
- ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/sukan/hanya-tiga-kekal-fam-kini-berwajah-baharu-1.649217
- ^ AFC Champions League hope for Malaysia
- ^ AFC Champions League hope for Malaysia