Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Negeri Sembilan
Logo Negeri Sembilan FA
Nama penuh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan
Gelaran Si Rusa / Hobin Jang Hobin
Diasaskan 1923
Pengerusi Malaysia Mohamad bin Hassan

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan atau PBNS merupakan persatuan sukan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bolasepak di negeri Negeri Sembilan. Persatuan ini menguruskan pasukan Negeri Sembilan FA. Persatuan ini bertapak di Seremban. PBNS merupakan salah satu ahli gabungan FAM.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan merupakan salah sebuah pasukan bola sepak di Malaysia Sejarah bola sepak Negeri Sembilan. Persatuan ini dikenal pasti bermula pada tahun 1923, ia berdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun ketika ditemu ramah. Beliau menyatakan perlawanan Piala Malaya (Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan dan Singapura berlangsung pada tahun tersebut.

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Presiden[sunting | sunting sumber]

  • Dato' Wan Salaidin

Dato’ Wan Salaidin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menjadi presiden PBNS pertama semasa Dato’ Mansor Othman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Setiausaha Kehormat PBNS semasa itu ialah En. Ramalingam. Pejabat PBNS pada masa itu adalah di pejabat En. Ramalingam yang terletak di Paul Street.

  • Dato Rais Yatim

Dato Rais Yatim menjadi Menteri Besar menggantikan Dato Mansor Othman. Seterusnya perlembagaan PBNS di tukar dengan membenarkan hanya Menteri Besar menjadi presiden PBNS sehinggalah sekarang. Sebelum ini jawatan Presiden dipilih melalui mesyuarat agung PBNS. Pejabat PBNS pada masa itu terletak di tingkat atas Bangunan Poliklinik Rakyat, Bandar Seremban.

  • Dato Isa Samad

Dato Mohd Isa Samad, Menteri Besar ketika itu telah memegang jawatan presiden PBNS selama 22 tahun. Setiausaha kehormat ialah Dato Abdullah Sani Abd Hamid yang menggantikan Kapt. Hadi. Bangunan PBNS telah dibina setinggi tiga tingkat di Medan Rahang, Seremban di atas tanah PBNS pada tahun 1992.

  • Dato' Mohamad Hassan

Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hassan dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Mohd Samad memegang jawatan presiden PBNS. Dalam mesyuarat agung PBNS, En. Abd. Halim Abd. Latif dilantik memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat menggantikan Dato’ Abdullah Sani Abd Hamid yang dinaikkan pangkat memegang jawatan Timbalan Presiden PBNS.

Bawah kepimpinan beliau, skuad Negeri Sembilan berubah wajah. Dengan pelbagai program akar umbi yang dilakukan, beliau berjaya menghasilkan skuad yang bermutu dengan mengambil jurulatih berkaliber seperti Wan Jamak Wan Hasan dan Azraai Khor Abdullah. Hasilnya, Negeri Sembilan menjadi sebuah pasukan yang elit dalam Malaysia dengan merangkul semula Piala FA pada 2010, dan berjaya mara 3 tahun berturut-turut dalam saingan Piala Malaysia dengan memenangi 2 daripadanya. Selain itu, program yang beliau lakukan berjaya menghasilkan pemain seperti kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta pemain sayap lincah Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan.

Setiausaha Kehormat[sunting | sunting sumber]

  • Datuk Abdul Halim Abdul Latif

Identiti Pasukan[sunting | sunting sumber]

  • Lambang Pasukan

Lambang pasukan ini diambil daripada jata negeri. Dengan mengekalkan sembilan batang padi dan tiga warna dalam jata negeri. Selain itu, bintang pecah sembilan digantikan dengan dua bekas keris dan tulisan jawi pada jata negeri sembilan digantikan dengan singkatan PBNS. Sebilah keris dan sarungnya dibuang dan lambang itu dibentuk seperti perisai seperti lambang kelab-kelab di Eropah.

  • Ultras

Pasukan penyokong dipanggil Ultras Nogori. Terdiri dari anak jati Negeri Sembilan yang berada di mana sahaja pasukan Negeri Sembilan FA akan bermain. Merupakan sebuah pasukan sorak yang bertindak sebagai tunjang kepada sorakan bagi meniup semangat pemain dan penyokong skuad bola sepak Negeri Sembilan.


Kelab Gabungan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]