Persatuan Bola Sepak Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Selangor
Nama penuhPersatuan Bola Sepak Selangor
(Football Association of Selangor)
GelaranGergasi Merah (The Red Giants)
Merah Kuning (The Red Yellow)
Diasaskan22 Februari 1936
StadiumStadium Shah Alam
(Muatan: 80,372)
PengerusiSubahan Kamal
Tapak sesawangLaman kelab

Persatuan Bola Sepak Selangor (English: Football Association of Selangor) atau lebih dikenali sebagai Selangor merupakan persatuan sukan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bola sepak di negeri Selangor. Persatuan Bola Sepak Selangor adalah badan yang bertanggungjawab menguruskan sebuah pasukan bola sepak profesional mewakili negeri Selangor Darul Ehsan iaitu Selangor FA yang bertanding dalam Liga Malaysia. Stadium Shah Alam merupakan gelanggang keramat Selangor semenjak 1994 hingga kini. Walaupun begitu, sebelum beralih ke Stadium Shah Alam, Stadium Merdeka merupakan stadium yang lebih banyak menyaksikan kegemilangan dan kejayaan Selangor dalam arena sukan bola sepak di mana Selangor telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 25x di stadium ini .

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum Persatuan Bola Sepak Selangor ditubuhkan secara rasmi, hanya terdapat beberapa persatuan yang menguruskan liga bola sepak di peringkat negeri, yang dipanggil SAFL atau Liga Bola Sepak Persatuan-Persatuan Selangor (Bahasa Inggeris:Selangor Association Football League) yang ditubuhkan pada 1905. Piala pertama telah ditaja oleh Residen British di Selangor ketika itu iaitu RG Watson. Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa SAFL diterajui oleh Residen British ketika itu.

Pada 1926, terdapat krisis dalaman yang menyebabkan beberapa ahli mengambil tindakan untuk menarik diri dan menubuhkan Persatuan BolaSepak Selangor atau SFA (Bahasa Inggeris: Selangor Football Association).

Persilisihan faham antara SAFL dan SFA berlanjutan sehingga hampir sepuluh tahun sebelum kedua belah pihak kembali berunding demi kebaikan bola sepak Selangor. Akhirnya, kedua-dua persatuan bergabung secara rasmi pada 22 Febuari 1936 di bawah nama Persatuan Bola Sepak Selangor atau Football Association of Selangor (FAS).

Akan tetapi, Perang Dunia Kedua yang tercetus telah melambatkan usaha FAS untuk membangunkan bola sepak tempatan. Usaha tersebut kemudiannya dimulakan secara agresif oleh presiden rasmi FAS yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaik sahaja perang tersebut tamat.

Usaha untuk meningkatkan martabat bola sepak negeri berterusan dengan rancangan FAS untuk membina sebuah stadium bola sepak untuk satu pasukan. Pasukan Selangor yang terdahulunya menggunakan Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) sebagai gelanggang utama mereka jelas memerlukan sebuah stadium selari dengan kehendak persatuan.

Pihak FAS membuat pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur beberapa kali untuk memohon keizinan untuk membina sebuah stadium tetapi masih gagal menemui penyelesaian terbaik. Impian untuk melihat pasukan Selangor bermain di stadium sendiri menjadi malap hari demi hari.

Walau bagaimanapun, dengan perlantikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (ketika itu memegang jawatan presiden di FAS dan FAM) sebagai Perdana Menteri Malaya yang baru sahaja merdeka, rancangan pembinaan stadium kembali diperkatakan.

Tunku mengarahkan agar Stadium Merdeka dibina untuk digunakan sebagai tempat menyambut kemerdekaan negara dan sebagai stadium rasmi Selangor FA. Stadium Merdeka juga bakal digunakan sebagai stadium nasional untuk mengendalikan sukan antarabangsa.

Nama yang sinonim dengan bola sepak di Selangor pada era 60-an ialah Harun Idris. Beliau menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Selangor selama 21 tahun bermula daripada tahun 1961 sehingga tahun 1982. Sepanjang pimpinannya, pasukan Selangor telah memenangi sebanyak 15 Piala Malaysia di samping membawa perubahan positif ke dalam persatuan tersebut.

Ibu pejabat FAS pada mulanya terletak di bangunan lama MCA di Jalan Ampang sebelum pembinaan Wisma FAS pada 1973 di Stadium Merdeka atas usaha Datuk Harun yang juga merupakan Menteri Besar Selangor ketika itu, dan pengurus pasukan, Hamzah Abu Samah. Pada pertengahan 1990, FAS berpindah ke Wisma FAS di Kelana Jaya.

Selepas beberapa siri kejayaan pasukan Selangor, Persatuan Bola Sepak Selangor membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Stadium Merdeka demi memenuhi cita–cita besar pasukan Selangor. Oleh itu pembangunan stadium baru mula giat di rancang. Akhirnya pada 1 Januari 1990, satu majlis pecah tanah pembinaan stadium baru dirasmikan di Shah Alam. Dengan pembinaan stadium baru ini lahirnya Stadium Shah Alam, stadium yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 80,000 penonton pada satu satu masa. Struktur rangkanya merupakan gerbang bebas terpanjang di dunia. Ia juga telah menjadi salah satu mercu tanda utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan. Stadium utama Persatuan Bola Sepak Selangor kini adalah Stadium Shah Alam, yang terletak di ibu negeri Selangor, Shah Alam. Stadium ini menjadi stadium tuan rumah bagi pasukan Selangor sejak mula dibuka pada Julai 1994, setelah kelab itu berpindah dari Stadium Merdeka.[1]

Sejak ditubuhkan pada 1936, Selangor telah memenangi kejuaraan sebanyak 33 kali Piala Malaysia, paling baharu pada tahun 2015, menjuarai Liga Super sebanyak 6 kali, memenangi Piala FA sebanyak 5 kali dan menjadi satu-satunya pasukan di Malaysia yang sampai ke perlawanan akhir Piala Kelab Asia, menjadikannya pasukan yang paling berjaya di kancah bola sepak tempatan.

Antara mereka yang bertanggungjawab bagi kejayaan Selangor termasuklah mereka yang pernah menjawat jawatan presiden iaitu : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Harun Idris, Dato' Hj. Mohd Aini Taib, Tan Sri Hj. Muhammad Muhammad Taib, Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj, Abdul Khalid Ibrahim ; pengurusan : Hamzah Abu Samah, Mohd Noor Khamis, Dato' Dr. Nordin Selat, Mazlan Datuk Hj. Harun, Dato' Abdul Mokhtar Ahmad, Dato' Dr. Hj. Mohamad Satim Diman, Zakaria Abdul Rahim ; dan jurulatih-jurulatih : Abdul Ghani Minhat, M. Chandran, Chow Kwai Lam, Khaidir Buyong, Ken Worden, Steve Wicks, Dollah Salleh, K. Devan dan banyak lagi yang tidak disebut.

FAS juga telah melahirkan banyak pemain yang membawa kejayaan sama ada di peringkat negeri atau negara seperti allahyarham raja bola Abdul Ghani Minhat, allahyarham lagenda Mokhtar Dahari, mendiang Wong Choon Wah dan mendiang R. Arumugam. Selain itu seperti Santokh Singh, Soh Chin Aun, Zainal Abidin Hassan, Khan Hung Meng, Azman Adnan, Mohd Amri Yahyah dan banyak lagi.[2]

Organisasi Pasukan[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Eksekutif[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama
Presiden Malaysia Subahan Kamal
Timbalan Presiden Malaysia Dato' Sri Shahril Mokhtar
Naib Presiden Malaysia Abdul Rauf Ahmad
Malaysia Datuk Lim Thean Sheang
Malaysia Nizam Sani
Malaysia Palanisamy Karuppan
Setiausaha agung Malaysia Rosman Hj. Mohd Ibrahim
Naib setiausaha Malaysia Amir Shariffuddin bin Samat
Bendahari Malaysia Dato' Sivasundaram Sithamparam
Naib bendahari Malaysia Datuk Ariffin bin Dato' Abd Hamid
Ahli jawatankuasa Malaysia Dato' Sivasundaram Sithamparam
Malaysia Datuk Razak Abdul Karim
Malaysia Omar Ali
Malaysia Mustaza Ahmad
Malaysia Sathanaraju Kolandasamy
Malaysia Nazzab Hidzan
Malaysia Datuk Shahrizal Sahri
Malaysia Sekar Chandran Ramachandran
Malaysia K. Sanbagamaran
Malaysia Datuk Ariffin bin Dato' Abd Hamid
Malaysia Simon Lim Swee Teck
Malaysia Md Yunus @ Iskandar Md Noor
Malaysia Datuk Sugumaran Parthasaraty

Source:[3]

Pegawai Kejurulatihan[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama
Pengurus Malaysia Abdul Rauf Ahmad
Pembantu pengurus Malaysia Nazzab Hidzan
Jurulatih Malaysia Nazliazmi Mohd Nasir
Pembantu jurulatih 1 Malaysia Shahrizal Sahri
Pembantu jurulatih 2 Malaysia Noor Zaidi Rohmat
Jurulatih penjaga gol Malaysia
Jurulatih kecergasan Malaysia
Ahli fisioterapi Sudan Khidir Abd El-Karim El-Fadly Ali
Kitman Malaysia
Pengurus B21 Malaysia Abdul Rauf Ahmad
Jurulatih B21 Malaysia Omar Ali
Pembantu jurulatih B21 Malaysia
Jurulatih kecergasan B21 Malaysia Khairulanwar Mohd Isa
Jurulatih penjaga gol B21 Malaysia Shuhaimi Abdul Hamid
Ahli fisioterapi B21 Malaysia Mohd Fikri Hakim Said
Kitman B21/B19 Malaysia Azman Mohamad
Pengurus B19 Malaysia Datuk Sugumaran a/l Parthasarathy
Jurulatih B19 Malaysia V. Yogeswaran
Pembantu jurulatih B19 Malaysia Khairul Azuar Kamirun
Jurulatih penjaga gol B19 Malaysia Azizul Abdul Aziz
Ahli fisioterapi B19 Malaysia Mohd Sazuan Zainal

Presiden[sunting | sunting sumber]

Nama Tempoh
Malaysia The Hon. Dr. C.P. Rawson 1949–1950
Malaysia Tunku Abdul Rahman 1951
Malaysia SCE Singam 1952–1953
Malaysia Dr. K. Sundram 1954–1960
Malaysia Harun Idris 1961–1983
Malaysia Dato′ Ahmad Razali Mohd Ali 1984–1989
Malaysia Tan Sri Hj. Muhammad Muhammad Taib 1990–1995
Malaysia Dato′ Hj. Mohd Aini bin Taib 1996–2000
Malaysia DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj 2000
Malaysia YAM Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj 2001–2004
Malaysia Mohamad Khir Toyo 2005–2007
Malaysia Abdul Khalid Ibrahim 2008–2014
Malaysia Mohamed Azmin Ali 2015–2017
Malaysia Subahan Kamal 2017–Kini

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Nama Tempoh
Malaysia YAM Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Al-Haj 1989
Malaysia Dato' Dr. Nordin Selat 1990–1991
Malaysia Mazlan Datuk Hj. Harun 1992
Malaysia Dato' Hj. Mohd Aini bin Taib 1993–1998
Malaysia Dato' Abdul Mokhtar bin Ahmad 1999–2003
Malaysia Dato' Dr. Hj. Mohamad Satim bin Diman 2004–2008
Malaysia Zakaria Abdul Rahim 2008–2009
Malaysia K. Devan 2010–2011
Malaysia Dato' Abdul Mokhtar bin Ahmad 2012
Malaysia Irfan Bakti Abu Salim 2013
Australia Mehmet Durakovic 2014
Malaysia YB Amirudin Shari 2015–2016
Malaysia Abdul Rauf Ahmad 2017–Kini

Jurulatih[sunting | sunting sumber]

Nama Tempoh
Malaysia Abdul Ghani Minhat 1970–1973
Malaysia M. Chandran 1975–1978
Malaysia Chow Kwai Lam 1979–1983
Malaysia Abdul Ghani Minhat 1983–1985
Malaysia M. Chandran 1986–1988
Republik Czech Steven Bena 1989
Malaysia Khaidir Buyong 1989–1990
Australia Ken Worden 1991
Malaysia M. Chandran 1992
Jerman Bernhard Schumm 1993
Australia Ken Worden 1994–1996
England Steve Wicks 1997–1998
Malaysia Ismail Zakaria 1998
England Mike Pejic 1999
Malaysia K. Rajagopal 1999–2000
Malaysia Abdul Rahman Ibrahim 2001–2002
Australia Ken Worden 2002–2003
Argentina Omar Rubén Larrosa 2004
Malaysia Ismail Ibrahim 2004
Australia Ken Worden 2004
Malaysia Dollah Salleh 2005–2008
Malaysia K. Devan 2009–2011
Malaysia Irfan Bakti Abu Salim 2012–2013
Australia Mehmet Durakovic 2014–2015
Malaysia Zainal Abidin Hassan 2016
Malaysia P. Maniam 2017–2018
Malaysia Nazliazmi Mohd Nasir 2018–Kini

Kapten[sunting | sunting sumber]

Nama Tempoh
Malaysia Zainal Abidin Hassan 1988-1990
Malaysia Ismail Ibrahim 1991–1996
Malaysia Zainal Abidin Hassan 1997–1999
Malaysia Yusri Che Lah 2000–2002
Malaysia Azmin Azram Abdul Aziz 2003
Malaysia Shukor Adan 2005–2008
Malaysia Mohd Amri Yahyah 2009–2012
Malaysia Asraruddin Putra Omar 2013
Malaysia Mohd Bunyamin Umar 2014
Malaysia Muhd Shahrom Abdul Kalam 2015–2016
Malaysia Razman Roslan 2017–Kini

Pasukan Gabungan[sunting | sunting sumber]

Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor :

  • Liga Super Selangor
  • Liga Premier Selangor
  • Liga Divisyen 1 Selangor
  • Piala FA Selangor

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "http://www.selangor.gov.my/english.php/pages/view/158". Official Portal Selangor State Government.  pautan luar dalam |title= (bantuan);
  2. ^ "Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanBola Sepak". Selangor.gov.my. Dicapai 2016-08-08. 
  3. ^ "Jawatankuasa Eksekutif 2017-2021". faselangor.my. Dicapai 25 January 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]