Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Persatuan Bulu Tangkis Indonesia
KependekanPBSI
Pembentukan5 Mei 1951
Ibu pejabatJakarta
Ketua Umum
Agung Firman Saputra
GabunganBAC
Laman web rasmihttp://badmintonindonesia.org/

Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (disingkat PBSI) ialah badan induk sukan yang menetapkan kegiatan sukan badminton di Indonesia. PBSI ditubuhkan pada 5 Mei 1951 di Bandung dengan ketua umum pertamanya dijawat oleh Rochdi Partaatmadja.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ketika zaman penjajahan dahulu, terdapat kumpulan-kumpulan badminton di Indonesia yang bergerak sendiri tanpa satu tujuan dan cita-cita perjuangan di negara merdeka, mereka berpendapat perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan, sehingga perlu diusahakan satu pertubuhan secara kebangsaan, sebagai pertubuhan pemersatu.

Untuk menempuh jalan menuju satu wadah pertubuhan maka cara yang paling tepat ialah mempertemukan tokoh perbulu tangkisan dalam satu kongres. Pada semasa itu memang agak sukar untuk berkomunikasi antara satu daerah dengan daerah lainnya. Satu-satunya yang boleh ditempuh ialah persekitaran Pulau Jawa sahaja. Itupun boleh ditempuh selepas terbentuknya PORI (Persatuan Olah Raga Republik Indonesia).

Usaha yang dilakukan oleh Sudirman dan rakan-rakannya dengan melalui pengantara surat yang intinya mengajak mereka untuk menubuhkan PBSI membawakan hasil. Maka dalam suatu mesyuarat 5 Mei 1951 di Bandung lahirlah PBSI (Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia) dan mesyuarat tersebut dicatat sebagai kongres pertama PBSI. Dengan ketua umumnya A. Rochdi Partaatmadja, ketua I Dick Sudirman, Ketua II: Tri Tjondrokoesoemo, Setiausaha I: Amir, Setiausaha II: E. Soemantri, Bendahara I: Rachim, Bendahara II: Liem Soei Liong.

Dengan adanya kepengurusan peringkat pusat itu maka kepengurusan di peringkat daerah atau provinsi automatik menjadi cabang yang berubah menjadi Pengda (Penyelia Daerah) manakala Pengcab (Penyelia Cabang) ialah nama yang diberikan kepada kepengurusan di peringkat kotamadya atau kabupaten.[1]

Senarai Ketua Umum PBSI[sunting | sunting sumber]

No Ketua Umum Masuk jawatan Tamat jawatan
1 Rochdi Partaatmadja 1951 1952
2 Sudirman 1952 1963
3 Sukamto Sayidiman 1963 1965
4 Padmo Sumasto 1965 1967
(2) Sudirman 1967 1981
5 Ferry Sonneville 1981 1985
6 Try Soetrisno 1985 1993
7 Soerjadi 1993 1997
8 Subagyo Hadi Siswoyo 1997 2001
9 Chairul Tanjung 2001 2004
10 Sutiyoso 2004 2008
11 Djoko Santoso 2008 2012
12 Gita Wirjawan 2012 2016
13 Wiranto 2016 2020
14 Agung Firman Saputra 2020 2024

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]