Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (Proham) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak asasi manusia sebagaimana ciri-ciri yang dipersetujui antarabangsa.AJK Proham ialah Tan Sri Ramon Navaratnam.

Malaysia merupakan anggota Majlis Hak Asasi Manusia yang telah menggubal Deklarasi Universal Mengenai Hak Asasi Manusia.Malaysia juga merupakan anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Persatuan kecewa dengan mantan Ketua Polis Negara yang menyamakan gerakan asasi manusia sebagai mengancam keselamatan negara,satu agama baru dan sama dengan komunisme dan marxisme . Sebaliknya pembela / pejuang hak asasi adalah pembela sebenar Perlembagaan Persekutuan.[perlu rujukan][1]


Proham menggesa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan pusat agar mengkaji semula kesemua undang-undang yang sebelum ini digubal berasaskan Artikel 149,Perlembagaan Persekutuan yang mengawal kebebasan fundamental dan Artikel 151 yang membolehkan penahanan pencegahan.

Pada 12 November 2011, Proham menggesa pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – termasuk pengerusi dan timbalan pengerusinya – dilantik oleh jawatankuasa parlimen supaya dilihat lebih telus dan berintegriti.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Proham: Gerakan hak asasi manusia bukan ancaman tapi pembela Perlembagaan
  2. ^ [anwaribrahimblog.com Proham Cadang Parlimen Lantik Pengerusi SPR]