Persatuan Kembara Malaysia
Penampilan
Persatuan Kembara Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dalam aktiviti kembara, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Presiden persatuan ini ialah bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Dr Mohd Khalid Yunus.
Ekspedisi Merdeka De'Everest pada 2007
[sunting | sunting sumber]Pada 2007, seramai 11 ahli persatuan ini berjaya mendaki Gunung Everest melalui laluan Kathmandu, Nepal. Ia diadakan sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia.
Khalid mengalami masalah "mabuk gunung" ketika dalam perjalanan dari Kem 3 ke kem 4 pada paras ketinggian 7,200 meter dan terpaksa turun ke kaki gunung. Peserta yang berjaya sampai ke puncak ialah Idris Said, Ahmad Reduan Rozali, Ahmad Fakhri Abu Samah, Marina Ahmad, Mohd Rofi Kori dan Muhammad Fauzan Hasan.
Senarai pendaki Gunung Everest dari Malaysia
[sunting | sunting sumber]- 1997 - M. Magendran dan Mohanadas Nagappan
- 2004 - Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Ahmad Reduan Rozali.
- 2006 - T. Ravichandran.
- 2007 - Idris Said, Ahmad Reduan Rozali, Ahmad Fakhri Abu Samah, Marina Ahmad, Mohd Rafi Kori, Muhammad Fauzan Hasan. Marina Ahmad adalah wanita pertama Malaysia mendaki Gunung Everest.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Khalid Ketuai 7 Pendaki Takluk Puncak Everest 2011 mStar Online