Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) ditubuhkan bagi memperjuangkan nasib para kontraktor Melayu / Bumiputera secara kolektif di Malaysia. Persatuan menjadi orang tengah bagi menyuarakan permasalahan kontraktor kepada kerajaan.

Presidennya ialah Datuk Mokhtar Samad. Ahlinya seramai 15,000 orang di seluruh Malaysia.

Kontraktor disenarai hitam[sunting | sunting sumber]

Kontraktor yang gagal menyiapkan projek kerajaan akan disenarai hitam. Kontraktor seharusnya meletakkan harga tidak terlalu rendah . Kenaikan kos simen , batu bata dan bahan asas lain merupakan punca utama pembinaan lewat. Kontraktor akan dikenakan denda harian sehingga berjaya menyiapkan projek tersebut. Jika tidak nama mereka akan disenarai hitamkan.

Antaranya , gagal menyiapkan bangunan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Pada 9 April 2010, Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi menyatakan 6 kontraktor utama telah disenarai hitam setelah tempoh tertentu diberikan. Nilainya RM180 juta dan memberi imej buruk kepada kerajaan dan rakyat. Terdapat 45 projek 'sakit' dan 35 projek 'lewat' pada 1 Januari 2010.[1] Projek sakit membabitkan 70 % siap . Sementara 49 % bagi projek lewat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]